Connect with us

Berita Lain

4 Pegawai Polis Bertemu Dr Mahathir


PUTRAJAYA: Empat pegawai polis tiba di bangunan Yayasan
Kepimpinan Perdana, di sini sebentar tadi dipercayai bagi merakam kenyataan
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka yang menaiki dua kereta tiba kira-kira jam 1.40
petang sebelum memasuki bangunan berkenaan.
Ia dipercayai susulan laporan polis yang dibuat wakil
Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI)
Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla
bersama dua lagi peguam dilihat memasuki bangunan sama, kira-kira jam 1.05
petang.
Awal bulan ini, satu pasukan khas ditubuhkan Bukit Aman
untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung laporan diterima
daripada suruhanjaya berkenaan.
Dalam laporan sebelum itu, polis dicadang menjalankan
siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta
lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pihak berkaitan.
Ia mungkin membabitkan pegawai dan Lembaga Pengarah BNM,
Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Menteri Kewangan dan Perdana
Menteri ketika itu dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang
asing dan pelaporan kerugian dialami BNM pada 1990-an.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Sumber: BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel