Connect with us

Berita Lain

5 Pemimpin Srikandi PPBM Umum Keluar Parti


ALOR SETAR: Lima pemimpin Srikandi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) termasuk seorang EXCO Srikandi Malaysia, Zuraini Kamal,
mengumumkan keluar parti hari ini selepas kecewa dengan kepemimpinan parti itu.
Empat lagi ialah Ketua Srikandi PPBM Bahagian Pendang,
Halimaton Saadiah Shah Mat; Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM negeri yang
juga Ketua Srikandi Bahagian Pokok Sena, Rukiza Abu Bakar serta AJK Srikandi
PPBM Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Zuraini yang juga Ketua Srikandi Bahagian Kuala Kedah,
berkata keputusan itu, antara lain didorong oleh isu perpecahan dalam PPBM,
budaya fitnah serta tidak boleh membuat teguran.
Beliau juga mendakwa wujud rombakan jawatan yang menyaksikan
dua individu dilantik pada kedudukan sama, sehingga mengakibatkan mereka tawar
hati dan hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan.
Bagaimanapun, beliau menafikan tindakan mereka itu kerana
menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
“Setelah berfikir panjang dan berbincang, kami
mengambil keputusan melepaskan semua jawatan EXCO Srikandi Malaysia, Ketua
Srikandi bahagian serta meninggalkan PPBM berkuat kuasa serta-merta.
“Kami dimaklumkan ramai lagi sudah keluar PPBM tetapi
berdiam diri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Zuraini mendakwa terlalu banyak isu dan polemik yang berlaku
dalam PPBM tetapi tidak diuruskan dengan baik dan ditangani secara serius oleh
pucuk pimpinan parti itu.
“Memang benar PPBM baharu setahun jagung, namun
pemimpinnya sangat berpengalaman. Usia PPBM di peringkat penajaan tidak boleh
dijadikan alasan.
“Kami mencadangkan kepada pemimpin (PPBM) mendengar
suara akar umbi untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai ahli keluar parti.
Kami kecewa kerana tiada perubahan dalam parti ini,” katanya.
Beliau juga mendakwa berlaku budaya fitnah dalam PPBM tetapi
tiada siasatan dilakukan, selain ramai ahli diketepikan atau ditukar jawatan
hanya kononnya ada salah laku.
“Ini sangat berbahaya dan mereka pula tidak berpeluang
membela diri,” katanya.
Zuraini berkata, walaupun pihaknya cuba memberikan pandangan
dan teguran melalui saluran yang betul kepada kepemimpinan parti, malangnya
jawatan mereka pula dirombak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Rombakan jawatan menyebabkan dua individu dilantik
atas kedudukan sama. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, sekali gus
memecahbelahkan keharmonian di peringkat bahagian… belum pernah ada bahagian
wujud dua ketua srikandi.
“PPBM sepatutnya amalkan bersatu, bukan saling
kata-mengata dan kipas-mengipas, ” katanya.

Advertisement
Zuraini juga mendakwa sering menggunakan wang sendiri bagi
menjalankan program parti di peringkat bahagian ketika bersama PPBM.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel