Connect with us

Berita Lain

Ahmad Zahid Ikrar Setia Terhadap Kepimpinan Najib


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi melafazkan ikrar taat setia tidak berbelah bahagi terhadap
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
“Kesetiaan saya kepada Presiden (UMNO) tidak akan luntur
selagi hayat dikandung badan,” kata Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas
Timbalan Presiden UMNO itu pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, turut berterima
kasih kepada Najib kerana meletakkan seluruh kepercayaan kepada beliau bermula
sebagai setiausaha politiknya pada 1987 hingga ke kedudukan beliau sekarang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hubungan akrab ini membolehkan saya membantu beliau sejak
dari dahulu lagi,”katanya.
Dalam ucapan kira-kira setengah jam itu, Ahmad Zahid turut
mengajak semua perwakilan di dalam Dewan Merdeka tersebut untuk berdiri dan
bersama-sama melafazkan ikrar kesetiaan kepada Presiden UMNO berkenaan serta
menanam iltizam untuk memastikan kemenangan cemerlang UMNO dan Barisan Nasional
(BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO di bawah kepimpinan Najib
tidak lagi mengamalkan pemusatan kuasa individu.
“Tiada lagi ‘power centric’ dalam parti. Politik
autoritarian tiada dalam kepimpinan presiden. Setiap keputusan kerajaan dan
parti diambil secara kolektif dan bermusyawarah. Semua ini kita lakukan dalam
pendekatan permuafakatan yang merupakan amalan jiwa jamai’e,” katanya.
Ahmad Zahid berkata setiap usul dan saranan perwakilan telah
disuarakan dengan penuh keberanian dan kejujuran, sekali gus membuktikan UMNO
di bawah kepimpinan Najib lebih terbuka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dahulu, ahli akar umbi gentar bersuara kerana bimbang
dengan tindak balas politik. Hari ini, tembok pemisah sudah tidak ada dalam
UMNO. Tiada lagi sebarang jurang (di antara) yang di atas dan di bawah.
Demokrasi dalam UMNO kian mekar dan segar,” katanya.
Beliau berkata zaman kerajaan tahu segalanya telah berakhir
dan rakyat kini sudah matang dan mahu denyut nadi mereka didengari. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel