Connect with us

Berita Lain

Bapa Bingung Anak Tak Balas Whatsapp, Rupa-Rupanya Hilang, Hanya Tinggal Moto Terbalik Tepi Jalan


BATU PAHAT- “Saya tertanya-tanya juga punca anak saya
tak balas atau baca mesej Whatsapp. Saya sangka sedang menunggang
motosikal,” ujar Haslan Hamidan, 45.
Menurut Haslan, anaknya, Nur A’liyah, 16 terakhir kali
berbalas mesej dengannya ialah pada jam 6.55 pagi semalam dan mesej yang
dihantar sekitar jam 7.04 pagi tidak dibalas mahupun dibaca anaknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelasnya, lebih mengejutkan apabila dia turut menerima khabar
melalui panggilan telefon daripada Balai Polis Yong Peng pada pukul 9.30 pagi
yang menemui motosikal miliknya di tepi jalan tanpa kelihatan kelibat anaknya
yang mesra dipanggil Along.
“Jika diikutkan, ketika kejadian Isnin lalu, Along akan
duduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen memandu di Batu Pahat, selain
turut bercuti daripada kerja sambilannya di sebuah restoran makanan segera di
Yong Peng.
“Saya yang ketika itu sedang bekerja di Subang, Selangor,
terkejut dengan panggilan itu dan bergegas pulang ke Yong Peng. Saya terus ke
balai polis untuk mengetahui perkara sebenar dan pegawai penyiasat memaklumkan
yang anak saya hilang, selain motosikal ditemui di Jalan River Estet, Yong
Peng, berkeadaan masih baik,” katanya.
Haslan berkata, dia juga membuat semakan pendaftaran di
hospital, namun nama anaknya tidak termasuk dalam senarai nama pesakit dan kini
dia sekeluarga bingung dengan kehilangan anaknya itu.
Katanya, dalam masa sama dia turut memeriksa bilik dan semua
barangan anaknya tidak hilang malah ada beberapa pakaian yang siap dibasuh.
“Apa dibawa hanyalah beg sandang yang biasanya diisi dengan
telefon bimbit serta alat soleknya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Cuma yang saya bimbang, ada beberapa rakan baik Along kata
dalam beberapa hari ini, seperti ada orang mengekorinya sehingga ke rumah. Buat
masa ini saya tak syak sesiapa malah polis masih kategorikan kes sebagai orang
hilang dan usaha untuk mencarinya masih dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten
Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya kini giat mencari mangsa
berdasarkan laporan yang dibuat oleh keluarganya.
Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel