Connect with us

Berita Lain

Bekas Presiden Yaman Mati Dibunuh Kerana Sokong Arab Saudi

Ali Abdullah Saleh mati dibunuh pemberontak Houthi kerana
menyokong Arab Saudi. – Foto: Ethio News
SANAA 5 Dis – Baru sahaja mengumumkan peralihan sokongan
daripada puak Houthi kepada pakatan Arab Saudi, bekas presiden Yaman, Ali
Abdullah Saleh semalam terbunuh dalam serangan ke atas konvoinya.
Sumber pemberontak Houthi berkata pejuangnya menembak roket
ke arah sebuah kenderaan berperisai yang membawa Saleh di pinggir ibu negara
bergolak Sanaa, sebelum menembaknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber dari pihak Saleh mengesahkan pemimpin itu terbunuh
dalam serangan ke atas konvoinya.
Ia selang beberapa hari selepas beliau menamatkan kerjasama
dengan Houthi, selepas 3 tahun bersama-sama melawan pakatan negara Teluk
diketuai Riyadh yang cuba mengembalikan kerajaan Yaman sebelum ini.

Dalam ucapan menerusi televisyen, pemimpin Houthi Abdul
Malik al-Houthi mengucapkan syabas kepada rakyat Yaman atas apa yang didakwanya
kejayaan mereka melawan “konspirasi khianat” oleh kumpulan negara Teluk. Beliau
bagaimanapun tidak menyebut pembunuhan Saleh.
Sabtu lalu, Saleh, 75, berkata beliau bersedia memulakan era
baharu kerjasama dengan pakatan Arab sambil membidas puak Houthi.
Perang saudara di Yaman, ditambah dengan penglibatan Arab
Saudi, kini mencetuskan krisis kemanusiaan, menyebabkan jutaan rakyatnya
berdepan kelaparan dan dijangkiti pelbagai penyakit.

Saleh digulingkan pada 2012 susulan kebangkitan dunia Arab,
yang menyaksikan beliau tercedera dalam cubaan membunuhnya. Ia kemudian membawa
kepada perubahan politik menerusi rundingan Arab Saudi. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

– Reuters

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel