Connect with us

Berita Lain

Beli Petai Terakhir Untuk Ibu Sebelum Maut Bertembung Lori Pasir


“ARWAH sempat membeli petai dan meminta saya menyerahkan
kepada ibunya kerana dia ingin singgah bersarapan terlebih dahulu, sementara
saya terus pulang ke rumah selepas selesai kerja di kilang,”
Begitu kata Mohd Zuhairi Abdul Rahim, 23, rakan kepada Mohamad
Alif Shazwan Mat Arif, 21, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan
lori pasir di jalan Kulim-Mahang berhampiran Dublin, Kulim, hari ini.
Dalam kemalangan 9.15 pagi itu, mangsa yang tinggal di
Kampung Tengah Bukit Bertam, Selama, maut di tempat kejadian selepas parah di
badan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Zuhairi berkata, dia berkawan baik dengan arwah selepas
mereka bekerja di sebuah kilang di kawasan Kulim Hi-Tech sejak tujuh tahun
lalu.
Menurutnya yang juga rakan sekampung mangsa, mereka akan
pergi dan pulang ke rumah bersama dengan motosikal secara berasingan.
“Kami bekerja shif sama, sebab itu dapat pergi dan pulang
bersama, namun hari ini saya terpaksa pulang awal kerana ada urusan sementara
arwah singgah di Sungai Kob untuk bersarapan.
“Kami keluar dari kilang pada 8.20 pagi dan sebaik sampai di
Sungai Kob, arwah menyerahkan petai dibeli dari rakannya di kilang kepada saya
untuk diberi kepada ibunya,” katanya ketika di temui di Bilik Forensik Hospital
Kulim, di sini, hari ini.
Katanya, selepas menyerahkan petai itu kepada ibu rakan
baiknya, dia terus pulang ke rumah sebelum terkejut menerima panggilan daripada
rakan lain pada 9.20 pagi memberitahu arwah terbabit kemalangan.
“Arwah suka bergurau dengan rakan-rakan sekerja. Kami
kehilangan seorang rakan yang baik serta berdoa supaya rohnya di tempat dalam
kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Sementara itu, bapa tirinya, Wan Bahari Wan Hamid, 54,
berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah kira-kira 11 pagi semalam.
“Saya dan isteri, Yusnita Desa, 44, mengetahui kejadian ini
apabila dihubungi ahli keluarga lain ketika baru hendak keluar dari rumah.
“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu kami bergegas ke
tempat kejadian dan terkejut serta berasa pilu melihat keadaan arwah yang sudah
meninggal dunia,” katanya.
Wan Bahari berkata, anak sulung daripada tiga adik beradik
itu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad
Nasir Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Kulim
manakala lori pasir dipandu lelaki berusia 38 tahun dari Mahang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa
dipercayai cuba memotong kenderaan lain namun tidak sempat mengelak lori itu
menyebabkan mereka bertembung.
“Mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian dan
mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,”
katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen
41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel