Connect with us

Berita Lain

Berani Kutuk Trump, Kim Jong Un Kini Jadi Idola Di Gaza


BAITULMAQDIS — Sebuah restoran di Gaza menawarkan diskaun
besar bagi semua pelanggan warga Korea Utara sebagai rasa penghargaan kepada
pemimpin negara komunis itu, Kim Jong Un.

Puncanya diktator rejim Pyongyang itu menjadi salah seorang
pemimpin dunia bukan Islam paling lantang melawan langkah Amerika Syarikat (AS)
pada 6 Disember lalu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu Israel.

“Tawaran potongan harga 80 peratus bagi pelanggan dari Korea
Utara sebagai penghargaan atas sokongan teguh pemimpin Jong Un terhadap
Palestin,” demikian mesej kain gegantung di Restoran Rabaa di kem pelarian
Jabalia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun, kemungkinan besar si pemilik premis makanan
berkenaan, Salim Rabaa, tidak akan dapat meski seorang pun pelanggan yang
berasal dari Korea Utara dalam waktu terdekat ini ketika konflik dengan Israel
makin panas.
Apatah lagi memang mustahil untuk ada waima seorang warga
Korea Utara yang berada di genting Gaza pada masa ini atau penduduk Palestin
sendiri yang barang kali memegang pasport negara rantau Asia Timur berkenaan.
“Saya tahu memang tidak akan ada rakyat Korea Utara di
kawasan Gaza, tetapi inilah yang setidak-tidaknya dapat saya tawarkan kepada
mereka sebagai bentuk rasa terima kasih,” kata Salim ketika ditemui pihak
media.


Selain itu, beliau juga memasang beberapa foto Jong Un di
restoran kecil berkenaan. Langkah unik Salim ini kemudian menjadi perbincangan
hangat dalam kalangan ramai penduduk dan pelanggan premis tersebut sendiri.
“Saya mencintai Kim Jong Un kerana dia berdiri menentang
pihak AS,” kata seorang pelanggan manakala seorang lagi menambah: “Saya akan
menemui dan bersalaman dengan warga Korea Utara jika mereka muncul di sini.”
Jong Un dilaporkan media antarabangsa menggelarkan Trump
sebagai “orang tua” serta menyelar keputusannya terhadap status Baitulmaqdis sebagai
satu langkah percerobahan hak kedaulatan Palestin dan jelas berniat jahat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rejim Israel merampas bahagian timur Baitulmaqdis selepas
menang dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian mewartakan secara haram seluruh
bandar purba itu sebagai ibu kota Yahudi daripada pentadbiran Palestin.
Namun, langkah biadab Israel itu tidak diperakui oleh
masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu, sementelahan
Palestin masih lagi menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu kota masa depan negara
tersebut.
Ironinya untuk memasuki Baitulmaqdis, warga Gaza perlu
mendapatkan keizinan rasmi daripada pihak berkuasa Israel yang sudah mengepung
wilayah Palestin itu selama lebih satu dekad. 



– Mynewshub.cc

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel