Connect with us

Berita Lain

Berita Palsu Ancam Negara, Runtuhkan Kehidupan


BUKIT GANTANG – Berita palsu yang disebarkan menerusi
Internet boleh meruntuhkan kehidupan individu serta mengancam kestabilan
negara, tidak kira apa juga niat ia ditularkan, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Datuk Mazlan Ismail.

Beliau berkata penyebaran berita palsu bukan sahaja berlaku
di Malaysia tetapi turut dialami negara-negara maju seperti Perancis, Jerman
dan Britain.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu diperkasakan lagi bagi
menuju ke arah melahirkan warga digital masa depan yang bertanggungjawab demi
keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tindakan menyemak kesahihan dan sumber sesuatu berita
adalah sangat penting sebelum disebarkan,” katanya ketika berucap pada program
Karnival SEBENARNYA.MY Bukit Gantang di Changkat Jering di sini, hari ini.
Karnival sehari itu dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Bukit
Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafis Syed Abd Fasal selaku Pengerusi
Jawatankuasa Karnival SEBENARNYA.MY Bukit Gantang.
Mazlan berkata setakat ini, sebanyak 76 kes penyebaran
berita dan maklumat palsu dalam talian telah disiasat dan lima kes dihadapkan
ke mahkamah pada tahun ini oleh MCMC.
“Kes-kes ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua orang
mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan Internet,” katanya.
Menyentuh mengenai portal SEBENARNYA.MY, Mazlan berkata ia
berperanan sebagai sebuah pusat sehenti bagi rakyat menyemak maklumat mengenai
berita-berita tular yang tidak ditentusahkan.
Katanya sejak dilancarkan pada Mac lepas, portal yang
dikendalikan oleh MCMC itu telah menerima lebih 15.72 juta layaran oleh
pengunjung dalam talian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai program hari ini, Mazlan berkata ia bertujuan
mempromosikan portal SEBENARNYA.MY dengan lebih dekat kepada pengguna bagi
mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang
maklumat yang diterima secara dalam talian.

Advertisement
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang menarik diadakan
termasuk ceramah dan taklimat keselamatan penggunaan Internet, pemeriksaan
kesihatan, pertandingan memasak, kenduri rakyat, busking dan cabutan bertuah. –
BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel