Connect with us

Berita Lain

Bersatu Tuntut Jawatan PM Bukan Untuk Glamor


SHAH ALAM – Bersatu memang mahukan jawatan perdana menteri,
namun ia bukan untuk tujuan ‘glamor’ semata-mata.
Sebaliknya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir berkata, tuntutan ke atas jawatan itu dibuat parti kerana Pengerusi
Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pemimpin paling layak untuk memegang
jawatan tersebut.
“Jawatan Perdana menteri bukan semata-mata kerana
kuasa, sebaliknya jawatan itu penting kerana bagaimana seseorang yang menjawat
jawatan itu menggunakan kuasa untuk kepentingan rakyat.
“Kuasa perdana menteri itu memberi impak besar kepada
rakyat.
“Jika seorang perdana menteri itu menyalahgunakan
kuasa, bebannya akan ditanggung rakyat berpuluh tahun lamanya,” katanya
dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Bersatu, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, negara memerlukan pemimpin yang
berpengalaman dan ada rekod cemerlang serta mampu menyelesaikan krisis semasa.
“Nak menangani kerosakan institusi kerajaan, kerosakan
imej negara, rasuah tahap gaban, semua ini bukan kerja mudah.

“Jangan sesiapa nampak seorang perdana menteri itu
dengan kuasanya sahaja, sebaliknya jawatan itu diisi dengan amanah dan
tanggungjawab,” katanya lagi.

– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel