Connect with us

Berita Lain

Bintang Filem Dangal Dakwa Dicabul Ketika Dalam Kapal Terbang


Mumbai – Polis India memfailkan kes serangan seksual
terhadap penumpang sebuah syarikat penerbangan selepas seorang aktres Bollywood
berumur 17 tahun berkata, penumpang lelaki itu mencabulnya semasa dia menaiki
penerbangan larut malam dari New Delhi menuju ke Mumbai, kata polis semalam.
Zaira Wasim dilihat menangis dalam klip video yang dimuat
naik di laman Instagramnya selepas turun dari sebuah pesawat milik syarikat
penerbangan Vistara. Dia mendakwa diserang oleh penumpang yang duduk di
belakangnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia berterusan menyiku bahu saya dan menggerakkan kakinya
ke belakang dan leher saya,” kata Zaira dalam komen di Instagramnya.
Rakaman video itu mencetuskan kemarahan pengguna media
sosial dengan ramai peminat meluahkan sokongan kepada aktres itu yang popular
menerusi watak ahli gusti kanak-kanak dalam filem blockbuster Bollywood, Dangal
dalam tahun 2016.
Polis mengenal pasti lelaki itu sebagai Vikas Sachdeva dan
akan mendakwanya kerana menyerang dengan berniat untuk mencabul.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Media tempatan melapor­kan isterinya, Divya Sachdeva
berkata, suaminya tidak bersalah dan dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis
pengebumian.
Kata wanita itu lagi, suaminya tertidur semasa menaiki
penerbangan dan menu­duh Zaira sengaja membuat tuduhan bagi mencari publisiti.
– Reuters

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel