Connect with us

Berita Lain

Blogger Milosuam Ditahan Polis


Polis dari Bukit Aman menahan blogger Yusof Al-Siddique
Suratman, atau lebih dikenali sebagai Milosuam, berhubung kenyataan saksi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor.
Difahamkan Yusof akan ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah
Dang Wangi malam ini dan akan hadir pada pendengaran reman esok. Peguamnya
Latheefa Koya berkata Yusof ditangkap di rumahnya di Melaka petang ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Isteri Yusof diberitahu oleh polis bahawa dia akan disiasat
mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Seksyen 203A
Kanun Keseksaan, kata Latheefa.
Secara kebetulan, Polis Johor hari ini mengambil keterangan
Anggota Parlimen Senai Wong Shu Qi berhubung ucapannya di dewan undangan negeri
baru-baru ini, lapor Malaysiakini.
Ucapan itu disampaikan pada 28 November di mana Wong
mendesak Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi
penjelasan berhubung tuduhan rasuah yang disebut dalam kenyataan saksi SPRM
yang telah disiarkan di internet.
Pada hari yang sama, milosuam.net memuatkan satu artikel
yang mengandungi satu halaman dari apa yang kelihatan sebagai kenyataan saksi
SPRM.
Khaled menafikan sebarang tuduhan rasuah dan mendakwa Wong
melanggar undang-undang rahsia dengan merujuk kepada kenyataan saksi.
Beliau juga memberitahu dewan undangan negeri bahawa beliau
tidak berada di lokasi yang disebut dalam kenyataan saksi yang dikatakan itu
kerana berada di luar negeri.
Kenyataan saksi itu dibuat oleh Amir Shariffuddin Abd Raub,
yang didakwa bersama-sama bekas anggota exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi awal
tahun ini kerana melakukan pengubahan wang haram dan rasuah.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

SPRM kemudian mengesahkan bahawa dokumen itu telah bocor,
sementara Amir Shariffuddin membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa
dokumen itu telah diubahsuai.
Peguam dan Ahli Parlimen Puchong, Gobing Singh Deo, yang
mengiringi Wong ke balai polis hari ini berkata pihak berkuasa perlu menyiasat
dakwaan rasuah dan bukan anak guamnya.
“Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggubal
undang-undang untuk berbincang secara bebas mengenai isu kepentingan awam dalam
dewan undangan negeri atau Parlimen,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel