Connect with us

Berita Lain

Buruh Binaan Warga Indonesia Maut Selepas Bergaduh Di Rumah Kongsi


PADAWAN 9 Dis. – Seorang pekerja buruh binaan warga
Indonesia maut dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah rumah kongsi
di kawasan tapak pembinaan Kuching City Mall di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa dikenali
sebagai Agustinus, 22, berasal dari Singkawang, Indonesia meninggal dunia
akibat kecederaan dalaman, lapor Utusan Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidil Bolhassan berkata,
pergaduhan antara suspek dan mangsa tersebut tercetus apabila suspek yang
merupakan seorang lelaki tempatan dikatakan telah menuduh mangsa masuk ke dalam
biliknya sebelum itu.
“Suspek kemudian mencabar mangsa masuk ke dalam biliknya
sebelum berlakunya pergelutan antara mereka.

“Pergaduhan kira-kira lima minit itu mengakibatkan mangsa
mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, siasatan awal mendapati mangsa bersama suspek
berusia 26 tahun serta 10 rakan mereka yang lain dikatakan minum alkohol di
rumah pekerja itu sejak pukul 5 petang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut mendapati
mangsa dan suspek telah berselisih faham sejak tiga hari lalu.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak HUS
untuk bedah siasat.
“Suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel