Connect with us

Berita Lain

Dilahirkan Dalam Penjara, Gadis 11 Tahun Ini Tidak Akan Keluar Selagi Ibunya Tidak Bebas


Di usianya yang masih muda, dia sepatutnya menghabiskan
zaman kanak-kanaknya dengan penuh kebebasan dan kegembiraan, tetapi bagi Meena,
11, hidupnya adalah bersama ibunya – yang didakwa sebagai pembunuh bersiri dan
kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara di wilayah Nangarhar,
Afghanistan.
Meena, dibesarkan oleh ibunya, Shirin Gul disebalik tirai
besi selepas wanita itu disabit bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan
bersiri dan perlu menjalani hukuman mati, bahkan gadis muda itu tidak pernah
melihat dunia luar, mahupun menonton televisyen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik New York Times, Meena merupakan salah seorang
daripada 36 kanak-kanak yang ‘dipenjara’ bersama ibu mereka, iaitu kira-kira
seramai 42 wanita, namun dia adalah gadis yang paling lama menjadi tahanan
kerana kebanyakan kanak-kanak lain, tempoh hukuman terhadap ibu mereka adalah
lebih pendek, lapor Malaysian Digest lagi.
“Seluruh hidup saya telah berlalu di penjara ini…
“Ya, saya berharap saya boleh keluar (dari penjara). Saya
mahu meninggalkan tempat ini dan hidup di luar sana bersama ibu saya, tapi saya
tidak akan pergi dari sini tanpa dia,” Meena, dipetik sebagai berkata ketika
ditemubual oleh New York Times, baru-baru ini.
Laporan portal tersebut menggambarkan Meena sebagai seorang
kanak-kanak perempuan yang begitu sopan, lembut tutur kata dan berselendang,
sementara ibu Meena pula digambarkan sebagai seorang yang lantang dan bengis.
“Bagaimana kamu fikir dia rasa?,” ibu Meena mencelah selepas
menyifatkan soalan yang diajukan wartawan portal tersebut sebagai soalan bodoh.
“Ini penjara, bagaimana perasaannya? Penjara adalah penjara,
walaupun ia syurga,” kata Gul.
Ketika ditanya mengapa Gul tidak membiarkan anaknya keluar
dari penjara, wanita itu meluahkan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata
serangan terhadap Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.
“Kamu, Encik Amerika (wartawan), pergi beritahu orang buta
itu, Ashraf Ghani, (seorang) boneka kamu, hamba kamu… beritahu dia keluarkan
saya dari sini…
“Saya tidak melakukan apa-apa jenayah. Kesalahan saya
hanyalah memasak makanan untuk suami saya yang melakukan jenayah,” dakwa wanita
itu.
Menurut portal itu, Gul yang berkahwin secara tidak sah
dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahmatullah, didapati bersalah
bersama-sama anak lelakinya, abang ipar, bapa saudara dan anak saudara atas
peranan mereka dalam pembunuhan dan rompakan terhadap 27 lelaki warga
Afghanistan antara tahun 2001 hingga 2004.
Manakala pendakwa raya pula mendakwa Gul sebagai ketua
kepada rancangan jenayah tersebut.
Gul yang bekerja sebagai seorang pelacur didakwa telah
membawa pulang pelanggannya, yang kebanyakkan adalah pemandu teksi,
menghidangkan mangsa-mangsa dengan kebab yang dicampur bahan yang memabukkan
sebelum ahli keluarga lain bertindak merompak, membunuh dan menanam mayat
mangsa di belakang rumah dua ahli keluarganya.
Susulan jenayah tersebut, enam daripada suspek dijatuhkan
hukuman bunuh sementara lima lagi dihukum gantung sampai mati. Gul, yang ketika
itu sedang hamil bagaimanapun menerima tangguhan hukuman gantung sampai mati ke
atasnya.
Selepas dia melahirkan Meena, Presiden Afghanistan ketika
itu, Hamiz Karzai telah meringankan hukuman terhadap Gul kepada penjara seumur
hidup, menurut ketua pegawai penjara wanita, Leftenan Kolonel Mohammad Asif.
Bagaimanapun, Gul mendakwa dia tidak pernah melakukan
jenayah tersebut, malah turut mendakwa dia diseksa supaya mengaku melakukan
kesalahan itu.
“Saya akan bunuh kamu… saya akan datang dan korek biji
mata kamu,” kata Gul yang tidak dapat menahan kemarahannya ketika ditemubual
portal tersebut.
Namun, mujurlah ada Meena yang berjaya menenangkan ibunya,
di mana Meena meletakkan jari telunjuk ke bibir ibunya lalu berkata, “Shh
(isyarat supaya diam)”, yang kemudian dengan mudah Gul menjadi reda.
Gul kemudian memberitahu antara sebab kenapa anak gadisnya
itu masih bersamanya adalah kerana dia tidak mempunyai saudara-mara lain dan
dia tidak akan membiarkan Meena hidup di luar seorang diri.
“Saya mempunyai ramai musuh. Saya tidak percaya kepada
sesiapa untuk bawa keluar Meena,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada tahun 2015, Gul pernah mengaku bersama-sama Rahmatullah
membunuh suaminya yang merupakan seorang kolonel polis ketika menjalin hubungan
sulit dengan lelaki itu.
Dalam kejadian pada 2004 itu, mayat suami Gul ditanam
beberapa kilometer daripada rumah mereka.
Sebelum mengakhiri temubual itu, Gul mengucapkan mesej
ringkas untuk disampaikan kepada Presiden Afghanistan dengan berkata bahawa
Meena layak untuk mendapat kebebasan, tetapi dia tidak akan keluar melainkan
ibunya juga dibebaskan.
“Beritahu Ashraf Ghani itu,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel