Connect with us

Berita Lain

Doktor Serba Salah Kerana Tatu ‘Jangan Selamatkan Saya’


WASHINGTON DC – Sebuah hospital di Florida berdepan
persoalan etika selepas pasukan paramedik membawa seorang pesakit yang tidak
sedarkan diri dengan tatu ‘Jangan Selamatkan Saya’.
Tatu ditulis pada dadanya itu menyebabkan doktor
tertanya-tanya sama ada mesej berkenaan adalah permintaan terakhirnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jurnal perubatan The New England melaporkan, lelaki berusia
70 tahun itu dimasukkan ke Hospital Peringatan Jackson di Miami akibat masalah
pernafasan, kandungan alkohol tinggi dalam darah selain tidak mempunyai dokumen
pengenalan diri.
“Pesakit ini mempunyai tatu di dada meminta dirinya tidak
diselamatkan dan ia mencetuskan kekeliruan. Pada mulanya mereka tidak mahu
menghormati mesej itu,” kata doktor.
Selepas mengambil kira faktor bahawa pesakit sanggup berbuat
demikian untuk memastikan wasiatnya diketahui, perkataan ‘Tidak’ pada dadanya
digariskan dan mesej itu turut mempunyai tandatangannya sehingga doktor
terpaksa mendapatkan khidmat rundingan etika.
Sementara itu, doktor memberikan lelaki itu penjagaan asas,
sementara mereka mempertimbangkan pilihan antara hidup atau mati.
Perunding etika menasihatkan doktor menghormati tatu itu dan
munasabah untuk membuat keputusan bahawa tatu itu menunjukkan pilihan jelas
pesakit.

Doktor menuruti permintaan itu dan lelaki terbabit meninggal
dunia pada malam kejadian. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– AFP/myMetro Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel