Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir, Wan Azizah Dicadang Sebagai Pemimpin Jika PH Menang PRU14


KECUALI PKR, parti dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan
bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir Mohamad dan Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri sekiranya
pembangkang menang pilihan raya akan datang.
Sumber memberitahu, cadangan itu dikemukakan dalam retreat
PH pada 1 dan 2 Disember yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di
Putrajaya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Parti Bersatu, Amanah dan DAP sudah bersetuju, cuma PKR
masih belum capai kata sepakat,” kata sumber yang turut hadir pada retreat itu
kepada The Malaysian Insight, namun enggan dinamakan.
“Disebabkan PKR masih mahu tangguh membincangkan dalam biro
politik mereka mengenai perkara ini, kita tangguhkan untuk buat keputusan”.
Sumber berkata, retreat berkenaan turut memutuskan semua
parti akan membincangkan perkara ini secara dalaman terlebih dahulu selepas
tamat program berkenaan.
Satu lagi sumber dari Amanah berkata, partinya sudah membuat
keputusan mengenai sebulan lalu.
“Namun parti lain masih belum buat keputusan,”
katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau berkata, retreat PH yang dihadiri kepimpinan tertinggi
dari PKR, Bersatu, Amanah dan DAP juga membuat keputusan untuk menetapkan agar
pembahagian kerusi di kalangan parti diselesaikan menjelang akhir Disember ini.
“Kita sudah tak banyak masa, kita mesti bergerak cepat
menuju PRU14,” katanya.
Tambahnya, sekiranya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)
tidak membuat keputusan mengenai pendaftaran PH, gabungan itu akan mencari
alternatif lain.
“Sekiranya RoS masih berdolak dalik, PH akan guna logo salah
satu parti yang paling boleh diterima dan dikenali dalam kalangan empat parti
ini.

“Besar kemungkinan logo PKR,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sumber: The Malaysian Insight

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel