Connect with us

Berita Lain

Fattah Amin Tidak ‘Muncul’ Dalam Program Meletop Yang Dihoskan Neelofa


NAMA pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat
pada malam Selasa apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop
yang dihoskan, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.
Memetik laporan mStar Online, pihak produksi yang telah
membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam rancangan itu bagaimanapun
melakukan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang ke udara dengan
alasan Fattah tidak dapat hadir.
“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir
malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi
jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi.
Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman
‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap
seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tanpa menyebut siapakah individu itu namun ia dipercayai
mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.
Insiden itu menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah atau
nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, yang dikatakan tidak bersikap
profesional dan tidak mahu bertemu dengan Neelofa.
Meletop disiarkan setiap Selasa, jam 9 malam.
Fattah dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang
pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat
akhir.
Situasi itu berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam
studio untuk menyaksikan rancangan itu.
Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad
ketika dihubungi mStar Online memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah
sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan
perlu bergegas pulang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu Fattah pernah dikecam tidak hadir ke program itu
pada Mei lalu.
Namun dia memberi alasan tidak menerima sebarang arahan
untuk menjadi tetamu pada malam berkenaan.

Advertisement
Pada bulan Jun lalu, Neelofa pula dikecam netizen yang
menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod
itu, Fattah Amin dan Fazura apabila mengambil pendekatan tidak menjadi
pengacara pada malam itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel