Connect with us

Berita Lain

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati!


AKU tiba di pejabat Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Samad kira-kira pukul 1 petang di Menara
FELDA, Kuala Lumpur. Agak luas biliknya yang terletak di tingkat 49 itu.
Meja Shahrir yang besar saiznya itu dipenuhi dokumen dan
fail sekaligus menunjukkan betapa sibuknya tugas ahli politik veteran yang
berumur 68 tahun tersebut dalam ‘mengendalikan’ urusan seharian lembaga
berkenaan
Ketika itu aku sampai, Shahrir, lulusan MBA dari
International Institute for Management Development (IMD), Switzerland itu
sedang melayan pertanyaan daripada beberapa penulis dan wartawan. Pengasas
DuBook, Mutalib Uthman pun ada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mereka nampak bersungguh-sungguh hendak dengar dari mulut
beliau sendiri mengenai kemelut yang melanda ‘kehilangan’ tanah milik Felda
yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir dilihat tenang walaupun soalan-soalan yang
dikemukakan cukup ‘tajam’dan ‘menyakitkan’.
Adakalanya beliau menyalakan sebatang rokok Dunhill Light.
Adakalanya beliau meneguk air di depannya. Adakalanya beliau tersenyum dan
adakalanya beliau serius.
Namun yang pasti tidak ada soalan yang tidak berjawab. Untuk
lebih jelas, kerap kali juga beliau melihat dokumen di atas mejanya agar fakta
yang diberikan tidak lari dari butiran yang sebenar.
Sebaik saja duduk saja di kerusi yang disediakan, aku tanpa
membuang masa terus bertanyakan pada Shahrir – teruk sangatkah keadaan FELDA
ketika Tan Sri mengambil alih kerusi pengerusinya dari Tan Sri Isa Samad?
“Bila saya masuk rupanya bukan peneroka saja dah tak percaya
pada FELDA, bank pun dah tak percaya pada FELDA. Banyak pinjaman yang
dijanjikan tetapi ditarik balik. Kalau ada pun cuma Bank Rakyat, mereka nak
bagi pinjam RM300 juta, mereka nak ‘collateral’ pun RM300 juta juga. Saya pasti
awak sendiri kalau nak buat pinjaman pun akan dapat ‘deal’ yang lebih baik dari
itu.
“Hanya baru-baru ini Maybank kata mereka boleh buatkan
‘sukuk’ sebanyak RM2 bilion…saya macam tak percaya pada mulanya…malah saya tanya
balik ‘are you sure?’
“Sebenarnya bank yakin nak bagi balik pinjaman kat kita
kerana kita mempunyai aliran tunai yang besar untuk sukuk, apatah lagi selepas
pelbagai usaha kita dah lakukan untuk memulihkan FELDA,” katanya sambil
tersenyum.
Mengenai isu Tan Sri Isa Samad dan kontroversi tanah FELDA
yang ‘dipindah milik’ itu, Shahrir berkata siasatan diharap tidak hanya
tertumpu kepada satu individu tetapi juga individu yang lain serta agensi
kerajaan yang terlibat.
Katanya, beliau kena berlaku adil dalam hal ini kerana
masyarakat nampaknya hanya melihat Isa tetapi ‘lupa’ yang kejadian yang berlaku
juga membabitkan banyak pihak.
“Orang bercakap pasal Isa, tetapi individu lain bagaimana?
Agensi kerajaan macam pejabat tanah pula bagaimana…siasatan kena menyeluruh.
Nak salahkan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengarah dulu pun susah juga
kerana isu tanah ini tidak pernah dibincangkan dan tak ada dalam rekod
mesyuarat lembaga pun, jadi saya tak nak tunding jari, siasatlah,” ujarnya.
Ketika ditanya sama ada beliau ada berkomunikasi dengan Isa
sejak mengambil alih kerusi kepimpinan Felda, Shahrir menafikannya.
Menurutnya, beliau tidak pernah bercakap dengan Isa dan Isa
juga tidak pernah menghubunginya.
” Saya dah dengar macam-macam bila ambil alih. Saya tak
bercakap dengan sesiapa pun termasuk dengan lembaga pengarah, saya hanya
mendengar, ” ujarnya.
Mengenai tugasnya sebagai Pengerusi FELDA, Shahrir berkata,
ia bukanlah satu tugasan yang sukar dan membebankan.
Pun begitu, katanya, beliau sebenarnya lebih kepada berasa
‘sakit hati’ dengan apa yang berlaku.
” Cuma apa yang saya nak bagitau pada semua peneroka dan
masyarakat di luar sana, jangan bimbang, ini adalah sebahagian daripada
‘pembersihan’ FELDA, perkara yang berlaku ini sedang kita betulkan.
” Yang pasti hasil dan tanah peneroka tidak akan terjejas.
Dalam hal tanah (Jalan Semarak) ini kita dah buat macam-macam. Antaranya kita
buat laporan polis, kita saman, kita akan buat tindakan sivil, kita akan cuba
batalkan PA dia, pejabat Peguam Negara pun akan ambil tindakan. Saya tengah
fikirkan semua cara termasuk injuksi.
” Berdasarkan ‘track record’, mahkamah selalunya akan
berpihak kepada kita, sebab itu kita cukup cermat dan teliti dalam menangani apa-apa
isu yang timbul, mungkin ia mengambil masa tetapi yang penting hasilnya,” tegas
Shahrir.
Shahrir juga ditanya, mungkinkah ada lagi isu atau
kontroversi yang akan menyelubungi FELDA selepas ini.
Beliau dengan pantas menjawab – TIDAK ADA LAGI.
” Tiada lagi isu selepas ini. Kes pembelian hotel, kes ikan
Sturgeon dan lain-lain semuanya itu telah diambil tindakan. Ada yang sedang
disiasat, ada yang direman dan ada juga yang telah dituduh pun di mahkamah,”
tegasnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengenai persepsi yang ‘pelbagai’ yang ditujukan pada
dirinya ketika ini, Shahrir berkata, tiada apa yang perlu beliau risaukan
kerana beliau telah menjalankan amanah seperti mana yang diharapkan.
Katanya itu adalah asam garam yang terpaksa ditempuh jika
bergelar ahli politik. Beliau sendiri secara peribadi ‘lali’ dengan segala
tohmahan.
” Sampai isteri saya pun orang kata anak Robert Kuok,
kononnya saya kaya raya dan sebagainya. Orang politik ni banyak pahala sebab
selalu kena fitnah, dan pada masa yang sama banyak pahala kerana selalu bantu
orang,” katanya sambil tersenyum.
Ketika ditanya lagi adakah beliau berasa ‘stress’ dengan
segala kemelut yang melanda dan terpaksa ‘datang’ ke dalam FELDA di waktu
lembaga itu dibebani dengan pelbagai masalah, Shahrir berkata ia bukan perkara
baru dalam hidupnya.
Ujarnya, sejak menghambakan diri dalam bidang politik,
pelbagai onak dan duri telah beliau tempuh.
” Masalah yang ada memang berat tetapi kita dah mengambil
langkah terbaik untuk menanganinya. Datanglah apapun dugaan, pukul 10.30 malam
saya tetap tak ada masalah untuk tidur,” katanya tersenyum sebelum mengakhiri
perbualan kami pada petang itu.
Sebelum balik sempat menghadiahkan buku tulisanku ‘Konfesi
Prebet Adam’ pada beliau.
Kami kemudiannya dijamu nasi goreng. Tak mewah. Tak ada ikan
sturgeon yang menghasilkan ‘kaviar’. Jangan risau, angpau pun tak ada.
Tetapi aku datang dengan senyum, balik pun dengan senyum.
Sekurang-kurangnya ada ‘maklumat’ yang lebih mahal dari sekadar kaviar dan duit
angpau! – FB Syahril A. Kadir

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel