Connect with us

Berita Lain

[FOTO] Akibat Suka Habiskan Duit Teman Lelaki, Mak Nyah Ini Di Bunuh Kejam


FILIPINA – Seorang maknyah cantik yang dikenali sebagai
Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran darah di dalam
sebuah bagasi di Bacoor, Filipina.
Semasa ditemui, mayatnya berada di dalam kedudukan mengiring
dan dibalut dengan plastik hitam.
Susulan dari itu, pihak polis telah menahan suspek yang
dipercayai bertanggungjawab membunuh mangsa iaitu teman lelakinya sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek, Che Yu Tsai ditahan selepas rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) kondominium menghubungkan pihak polis dengan jenayah yang
dilakukan oleh suspek.
Difahamkan, seseorang pengawal keselamatan yang bertugas
pada hari kejadian, merupakan saksi penting dalam kes berkenaan kerana dia
merupakan individu yang mula-mula mengesan ada sesuatu tidak kena telah
berlaku.
Menurutnya, ketika melakukan rondaan pada waktu pagi di
tingkat 11, pengawal terbabit ternampak pintu rumah Barbie terbuka lantas dia
bertindak mengetuk pintu kerana curiga, lalu memasuki rumah tersebut apabila
ketukannya tidak terjawab.

Namun sebaik sahaja masuk, dia menemui kesan tompokan darah
di lantai dan dinding rumah mangsa. Dari hasil pemeriksaan CCTV, mangsa dilihat
kali terakhir memasuki rumah berkenaan pada jam 11.40 malam, Jumaat lepas
bersama teman lelakinya.
Pada keesokan harinya, Yu Tsai dilihat membawa keluar sebuah
bagasi yang kelihatan terlalu berat untuk diangkat. Di dalamnya, terdapat mayat
Barbie.
Kemudiannya mayat barbie dicampak oleh suspek ke kawasan
hutan di lebuh raya berhampiran kediaman mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hasil daripada soal siasat, suspek mengaku membunuh teman
wanitanya itu kerana dia kerap meminta wang dan dia menikam Barbie atau nama
sebenarnya, Del Rosario di leher sehingga mati. 


Sumber: Mynewshub.cc

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel