Connect with us

Berita Lain

[FOTO] ”Kerbau Tiba-Tiba ‘Tumpang’ Kereta” – Lelaki Lalui Detik Cemas Apabila Porsche Dipandunya Rempuh Haiwan Melintas Jalan



Seorang pemandu kereta mewah berjenama Porsche melalui detik
cemas apabila kereta yang dipandunya secara tiba-tiba merempuh seekor kerbau
dalam kejadian di Jalan Changkat Jon, Teluk Intan malam tadi hingga menyebabkan
haiwan tersebut melambung masuk ke dalam keretanya.


Pemandu, Teoh Sook Hua, 30, bagaimanapun bernasib baik
apabila tidak menghadapi sebarang kecederaan parah manakala penumpang lain
menghadapi sedikit kecederaan ringan. Kerbau yang dipercayai haiwan belaan
penduduk setempat dilaporkan mati ditempat kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Teluk Intan,
Superintendan Yahaya Hassan, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila
kereta mewah Porsche Cayenne RR5755 yang dipandu mangsa menghala ke Langkap
merempuh seekor kerbau yang didakwa melintas jalan secara tiba-tiba.

“Akibat rempuhan tersebut, kerbau itu melambung ke atas dan
terjatuh di atas bumbung boleh buka (sunroof) sebelum bumbung kaca kenderaan
tersebut pecah.

“Kerbau tersebut mati di tempat kejadian manakala pemandu
dan dua penumpang hanya mengalami cedera ringan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ujarnya lagi, hampir keseluruhan bahagian anggota haiwan
malang tersebut terperosok masuk ke bahagian depan tempat pemandu.

“Polis menasihatkan supaya penternak haiwan peliharaan agar
menjaga haiwan ternakan masing-masing dan tidak sepatutnya dibiarkan bebas
bergerak.


“Ia merupakan tanggungjawab sosial penternak haiwan
tersebut,” katanya lagi.



Sumber: Kosmo!, Siakap Keli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel