Connect with us

Berita Lain

[FOTO] Tergamak Bunuh Isteri Hanya Kerana Cemburu Kemudian Tanam Di Halaman Rumah


Kematian seorang lelaki yang membunuh diri dengan meneguk
racun rumput, membawa kepada penemuan mayat isterinya yang ditanam di halaman
depan rumah, lapor Metro 24.
Polis dan penduduk menemui mayat mangsa yang dikenali
sebagai Armida, 25, pada jam 3.30 pagi Isnin lalu dalam keadaan lehernya
dikelar.
Polis percaya mangsa telah dibunuh oleh suaminya, Samsibar,
33, selepas pasangan itu bertengkar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum mayat Armida ditemui, Samsibar telah meninggal dunia
pada jam 11 malam Ahad selepas meneguk racun rumput.

Difahamkan, Samsibar pada pagi Ahad jam 8 pagi dilihat
meneguk racun rumput itu sambil disaksikan oleh beberapa penduduk. Menurut
saksi, Samsibar pada ketika itu kelihatan panik dan kecewa sambil menggenggam
botol racun rumput serta mengancam akan mencederakan sesiapa yang cuba
mendekatinya.
Setelah hampir hilang nyawa akibat meneguk racun itu,
penduduk kemudian segera mengejarkan Samsibar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan. Bagaimanapun doktor tidak dapat menyelamatkannya dan Samsibar disahkan
meninggal dunia pada jam 11 malam Ahad.

Menurut jurucakap polis, kehilangan isteri Samsibar juga
menimbulkan persoalan, tetapi persoalan itu terjawab selepas salah seorang anak
Samsibar berusia lima tahun memaklumkan bapanya telah mencekik leher ibu tiri
pada malam Sabtu lalu.
Menjelang keesokan harinya, seorang penduduk curiga melihat
bekas tanah yang digali di halaman rumah pasangan itu. Saksi berkata, kakinya
terasa seperti terpijak badan manusia ketika menolak kereta milik mangsa yang
sudah lama diletakkan di situ, sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak
polis.
Polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengali tanah di
halaman rumah pasangan itu, akhirnya menemui mayat Armida dalam keadaan yang
sudah mula mereput.

Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah
di tanam sedalam 40-50 sentimeter. Polis percaya mangsa dibunuh suaminya
sebelum lehernya dikelar dengan pisau di dalam ‘kubur’ itu. Ini kerana polis
tidak menemui sebarang sisa darah di tempat lain, kecuali dalam ‘kubur’ itu
sahaja.
Lapor beberapa portal berita tempatan, Samsibar membunuh
isterinya kerana cemburu dengan mangsa yang masih lagi berhubung dengan bekas
kekasihnya melalui laman Facebook.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Samsibar dan Armida dikatakan berkahwin di Malaysia sejak
dua tahun lalu dan kembali semula ke Indonesia untuk memulakan hidup baru.
Walau bagaimanapun, polis masih menyiasat motif sebenar
kejadian tersebut.

Sumber: The Reporter

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel