Connect with us

Berita Lain

‘Hak Artis Untuk Bersuara Tetapi Dikecam Pejuang Siber Politik, Akibatnya Pemimpin Dibenci Rakyat’ – Ahmad Idham


Susulan keluhan penyanyi, Sheila Majid mengenai kos sara
hidup dan keadaan ekonomi negara yang mendapat pelbagai reaksi netizen, pejuang
siber politik dan termasuk pelakon dan presiden persatuan artis tempatan.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez
berkata, artis yang berminat dengan politik perlu sertai parti politik.
“Jika berminat dengan politik, mereka perlu sertai
parti politik dan mengkaji isu dengan lebih mendalam sebelum mengeluarkan
cadangan bagaimana mahu meningkatkan kehidupan rakyat,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Freddie menasihatkan artis tempatan supaya bersyukur kerana
mereka masih bebas menyuarakan pendapat tanpa sebarang sekatan., lapor The Reporter.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed
Zaidi berkata, setiap artis adalah berhak menyuarakan pandangan mereka di media
sosial kerana ia adalah platform individu. Malah katanya, pemimpin perlu
menghadapi realiti luahan anak seni di media sosial untuk memperbetulkan
negara.
“Apa yang Sheila Majid luahkan adalah hak individu.
Bagi saya, itu pandangan masing-masing. Negara kita pun bukan sentiasa dalam
keadaan baik, ada turun naiknya. Itu perkara biasa.
“Lantang itu bagus, kadang-kadang pihak atasan
tergelincir dari landasan dan kita kena sedarkan mereka untuk berada di
landasan yang sebenar,” katanya.
Bagaimanapun, Zed menasihatkan artis berhati-hati apabila
meluahkan perasaan di media sosial kerana setiap perkataan mereka mempengaruhi
peminat mereka.
Pengarah dan pelakon, Ahmad Idham kesal Sheila Majid dikecam
sehingga ada pihak yang mencari kesalahannya berbanding mencari jalan
penyelesaian terbaik.
“Tidak pernah lagi ada artis yang membantai kerajaan
setahu saya. Mereka hanya menyuarakan pandangan dan apa yang boleh dibuat
adalah cari dan cuba selesaikan persoalan diberikan mereka, itu saja.
“Tetapi datang kecaman dari pejuang siber politik yang
menidakkan hak mereka untuk bersuara. Ini adalah cara menangani isu dengan
level mentaliti rendah. Saya benar-benar kecewa.
“Campur tangan pejuang siber politik sebenarnya hanya
menambah keruh, malah ia merosakkan silaturrahim antara rakyat dengan pemimpin.
Pemimpin menjadi mangsa dibenci oleh rakyat apabila pejuang siber politik
menghentam seseorang artis yang bersuara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya sendiri pernah berjumpa dengan pemimpin untuk
meminta penjelasan mengenai sesuatu isu semasa dan jawapan mereka sebenarnya
lebih menyenangkan.
“Jangan melihat mereka hanya sebagai artis sahaja
tetapi lihatlah mereka sebagai rakyat negara ini. Mereka berhak bersuara,”
katanya.
Sumber: Free Malaysia Today, MalaysiaKini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel