Connect with us

Berita Lain

Himpunan Putih Solidariti Baitulmaqdis Di Masjid Putra


PUTRAJAYA – Himpunan Putih Solidariti Selamatkan
Baitulmuqaddis bermula di Masjid Putra di sini, hari ini bagi menunjuk
kesepakatan rakyat Malaysia dalam menentang usaha Amerika Syarikat menjadikan
kota suci itu sebagai ibu negara Israel.

Himpunan itu akan disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Najib dijangka mengumumkan resolusi Malaysia berhubung isu
Baitulmaqdis pada himpunan itu, yang turut dihadiri wakil dan anggota 250
pertubuhan bukan kerajaan tanpa mengira latar belakang, agama dan fahaman
politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seawal 10 pagi lagi, orang ramai mula berjalan menju Masjid
Putra dari tempat parkir yang ditetapkan.
Mereka dilihat berpakaian serba putih mengikut tema himpunan
tersebut. Turut kelihatan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Himpunan hari ini dimulakan pada 12 tengah hari tadi dengan
forum khas Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang disertai enam anggota
panel dengan Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd
Majid bertindak sebagai moderator.
Ini disusuli khutbah khas yang disampaikan oleh Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan solat Jumaat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 6 Disember lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan
bahawa Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara
Israel.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis
mencatat undian 128 menyokong usul menolak keputusan AS mengiktiraf
Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel