Connect with us

Berita Lain

Ideas: Legasi Dr M Selamat Walaupun Cuba Dihapus


PETALING JAYA: Legasi Tun Dr Mahathir Mohamad selamat
walaupun cubaan menghapus sumbangannya kepada negara selama 22 tahun sebagai
perdana menteri, kata badan pemikir.

Merujuk kepada spekulasi ada tekanan menutup Institut
Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM) di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok,
Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
Wan Saiful Wan Jan menyeru kerajaan supaya lebih matang mengani isu seperti
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Institut itu dinamakan sempena Dr Mahathir bagi menghormati
legasi beliau kepada negara. Institut itu dinamakan sempena beliau tetapi
institut itu bukan untuk mengkaji beliau sahaja.

“Jika spekulasi itu benar, maka kementerian berkaitan mesti
memberikan sebab yang jelas,” kata Wan Saiful, dan menambah IPDM adalah
institut yang mengkaji pemikiran dan idea semua pemimpin.

Wan Saiful berkata menukar nama institut itu hanya kerana Dr
Mahathir bukan lagi bersama Umno adalah kebudak-budakan dan tidak matang,
kerana “tiada orang boleh menghapuskan legasi Tun kepada negara”.

“Selepas itu apa? Apa mereka akan menghapuskan semua rujukan
kepada Tunku Abdul Rahman kerana beliau juga meninggalkan Umno?

“Apa kita perlu namakan semua sempena Tun Abdul Razak
sebagai tanda terima kasih kerana ‘memberikan’ kita perdana menteri sekarang?
Tentu sekali tidak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Ilham Mohamad
Hisomuddin Bakar berkata mustahil menghapuskan sejarah dan sumbangan bekas
perdana menteri kepada negara.

“Tindakan seperti itu tidak bijak seolah-olah mahu menapis
semua perkara yang ada kaitan dengan beliau.

“Tindakan itu akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan.
Ia akan kelihatan seperti kerajaan cuba menghapuskan legasi Dr Mahathir kerana
beliau sekarang pemimpin pembangkang dan musuh utama parti pemerintah,” kata
Hisomuddin.

Beliau menambah legasi Dr Mahathir tidak mungkin dapat
dihapuskan dan ia akan terus bertahan walaupun ditekan sebegitu rupa.

Sementara itu, Presiden Pusat Hal Ehwal Dunia (ICON) Abdul
Razak Baginda berkata terdapat prinsip tidak menamakan sesuatu sempena orang
yang masih hidup, sama ada jalan raya atau dalam kes ini sebuah institut.

“Malah menamakan sesuatu sempena orang yang sudah meninggal
dunia ada risiko skandal.

“Contohnya, kes bekas perdana menteri Britain Edward Heath
yang baru-baru ini didedahkan seandainya beliau masih hidup, polis akan
menyiasat beliau atas dakwaan penderaan seks.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


IPDM diumumkan pada 2003 oleh perdana menteri ketika itu,
Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai penghormatan kepada Dr Mahathir yang bersara
selepas 22 tahun menjadi perdana menteri.

Pelajar UUM baru-baru ini membuat pembentangan sebagai
penghormatan kepada Dr Mahathir dan muatnaik Twitter tentang pembentangan itu
turut mendapat respon daripada bekas perdana menteri itu.
“Jasa saya kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan rakyat
Malaysia yang bekerja pagi dan malam untuk menyara hidup keluarga, keluarga
yang akhirnya berbakti kepada negara,” kata Dr Mahathir.

FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel