Connect with us

Berita Lain

‘Ini Bukan Cerita Nak Cover Kes Lain’ – Shahrir


KUALA LUMPUR – Kontroversi pemindahan tanah Felda di Jalan
Semarak melalui transaksi diragui, bukan sandiwara politik untuk menutup
skandal yang berlaku dalam negara seperti dituduh pihak tertentu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, apa
yang dilakukan adalah untuk ‘merampas’ kembali tanah yang sememangnya hak
Felda.
“Ini bukan cerita nak cover kes lain.  Takkan mereka tidak setuju Felda hendak ambil
balik tanahnya? Kalau setuju, sokonglah Felda, sokonglah apa saya buat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kenapa hendak dipertikaikan? Ini bukan mainan politiklah,
bukan sandiwara. 

Sandiwara apa kalau sampai melibatkan pihak polis? Kita buat
pendedahan terbuka yang terang lagi bersuluh,” katanya dalam sesi temu bual
khas bersama Sinar Harian.
Tegas Shahrir, jika niat pihak pembangkang mahu menghasut
rakyat supaya membenci Felda, maka mereka sebenarnya tidak bersetuju dan tidak
menyokong tindakan Felda mendapatkan semula tanah tersebut.
“Kalau mereka bersama kita, mereka patut sokong apa kita
buat. Ini tidak, pusing sana pusing sini.
“Mereka yang hendak jadikan (isu ini) sebagai modal politik.
Ini bukan modal politik kita. Kita nak dapatkan apa yang hak,  kerana 
hak kita dirampas oleh pemaju. Ini juga bukan soal bayaran atau nilai
tanah jutaan ringgit,” katanya.
Menurutnya, Felda telah melakukan segala yang terbaik dalam
usaha mendapatkan semua tanah di Jalan Semarak 
termasuk membuat laporan polis dan menukar status kaveat persendirian
yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan
penguasaan pemilikan terhadap tanah berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Isu ini akan dibawa ke mahkamah.  Biar 
mahkamah putuskan sama ada berlaku penipuan (fraud) atau tidak.
“Dalam isu ini, pihak Lembaga Pengarah Felda tidak ditanya,
tidak diberitahu, tiada arahan, perbincangan mahupun keputusan dibuat Felda.
Jadi kami yakin, kita akan dapat semula hak kita,” katanya.
Shahrir berkata, pelantikan beliau sebagai Pengerusi Felda
adalah menyelesaikan semua masalah agensi itu.
“Saya tidak pernah bercita-cita hendak jadi Pengerusi Felda.
Tak pernah minta, tetapi apabila ditawarkan menjadi pengerusi, saya setuju demi
membantu Felda,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel