Connect with us

Berita Lain

Isu Felda: “Yang Sedihnya Kami, Keluarga Peneroka” – Chef Wan


KUALA LUMPUR: “Yang sedihnya, (yang) geram dan sakit hati
adalah kami keluarga peneroka-peneroka Felda yang berjuang bertahun lamanya,”
jelas chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef
Wan.
Beliau yang merupakan generasi kedua Felda turut
mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terima bulat-bulat apa-apa maklumat
yang disampaikan.
Dalam catatan terbaharu di laman Instagram beliau, Chef Wan
berkata, seharusnya orang ramai menggunakan akal fikiran untuk menimbang baik
dan buruk sesuatu cerita yang ditimbulkan, bukan terus percaya dengan semberono
sahaja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tiada apa untuk diberi penekanan kerana semua sudah sedia
maklum mengenai isu yang sudah dilaporkan di media sejak akhir-akhir ini.
Perkara yang benar tetap benar,” kata chef berusia 59 tahun itu.
Dalam pada itu, beliau, yang juga merupakan anak peneroka
Felda, melahirkan kekecewaan atas isu dan kontroversi yang melingkari agensi
itu.
“Beri saya satu sebab kenapa sebagai anak Felda saya tidak
rasa kecewa dengan segala apa yang sudah terjadi (kepada Felda) dan bersuara?”
soalnya lagi.
Chef Wan memuat naik isu berkenaan dalam akaun Instagramnya
ketika Felda dilanda krisis terbaru melibatkan urusan penjualan asetnya di
Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang percaya
berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah itu dilaporkan sudah
membuat laporan polis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor
Rashid Ibrahim berkata bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merupakan
individu penting dalam siasatan kes ini akan dipanggil pada minggu depan.
Dalam pada itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(Anak) turut menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel