Connect with us

Berita Lain

Jamal Dan Irmohizam Tiada Dalam Senarai Calon MB Selangor



KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri
Jamal Md Yunus tiada dalam senarai calon menteri besar Selangor sekiranya sekiranya
Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) nanti, lapor The Malaysian Insight.

Selain Jamal, nama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri
Dr Irmohizam Ibrahim juga tiada dalam senarai calon menteri besar Selangor dari
BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jamal sebelum ini pernah berkata beliau boleh jadi menteri
besar Selangor yang lebih baik berbanding Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebaliknya UMNO Selangor dikatakan menghantar tiga nama
iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad
Dahlan, Adun Dengkil Shahrom Mohd Sharif dan Adun Sungai Panjang Budiman Mohd
Zohdi sebagai calon menteri besar Selangor.
Sumber yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu The
Malaysian Insight, nama tiga Adun sudah dibincangkan sebanyak empat kali
sebelum diserahkan kepada UMNO Pusat untuk dipertimbangkan.
“Kita bincang tiga nama itu saja. Nama Jamal tidak
ada,” sumber itu dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insight.
Daripada tiga nama yang dicadangkan itu, Mat Nadzari
dikatakan paling menonjol kerana kedudukannya yang paling kanan dalam UMNO
Selangor dengan memegang jawatan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno
Selangor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Nama Budiman tidak begitu diketengahkan kerana beliau
dilihat lebih sesuai jadi calon kerusi Parlimen.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi berkata BN Selangor tidak akan mengumumkan calon menteri besar
sebelum PRU14.
BN yang kehilangan Selangor sejak PRU12 pada 2008
mengunjurkan boleh menang 35 daripada 56 kerusi DUN pada PRU14 nanti. Untuk
penggal ini BN menyandang 12 kerusi, Pakatan Harapan 30 kerusi, Pas 13 dan
seorang wakil rakyat bebas.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel