Connect with us

Berita Lain

Jamal Sesuai Bertanding Di Bukit Antarabangsa


SHAH ALAM – Umno boleh meletakkan Datuk Seri Jamal Md Yunos
sebagai calon untuk PRU14 dan bertanding di Bukit Antarabangsa.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpandangan, Jamal mempunyai
kekuatannya tersendiri.
“Gayanya yang mungkin dianggap ‘gila-gila’ tetapi
personaliti beginilah yang diperlukan.
“Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar,
tetapi berhasrat bertanding di N19 Bukit Antarabangsa Bahagian Ampang, Selangor
kerana ingin menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini adalah contoh calon luar yang mungkin diperlukan oleh
Ampang,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata, Jamal boleh diberikan peluang dan ia mungkin
ada kelainan kepada parti itu.
“Umno dan jentera parti jangan terlalu kolot dan tertutup.
“Ini era konvergen dan memerlukan gaya tindakan yang juga
unik tapi boleh mendatangkan kesan pada BN dan juga mungkin boleh memberi kesan
sampingan pada pihak lawan dari segi menunjukkan orang Umno ada yang
kesungguhan mahu ‘mengajar’ pembangkang,” katanya.
Dalam pada itu, Md Shukri berkata, sudah tiba masanya, Umno
kini memerlukan calon ‘antibiotik’ untuk membina masa depan baharu.
“Ambillah calon yang boleh memperkuatkan Umno untuk menang
dan tambah kerusi.
“Kalau calon sedia ada iaitu termasuk mereka yang pegang
jawatan tinggi dalam parti di Bahagian sendiri tidak diminati orang ramai, maka
wajib bagi presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan menteri
besar setiap negeri ambil calon luar termasuk calon baru dari pelbagai lapisan
bagi menyuntik ketahanan pada parti di peringkat Dun dan Parlimen,” katanya.
Sebagai ahli akademik, Md Shukri berkata, ramai Ketua
Bahagian dan kumpulan ahli jawatankuasa Umno Bahagian yang ‘gila’ mahu menjadi
‘Yang Berhormat’.
“Tetapi jika diletakkan mereka ini, orang Umno di akar umbi
sendiri pun sudah menolak untuk mengundi mereka, jadi presiden parti tidak
boleh membuang dan bazirkan undi orang Umno dan orang awam hingga parti
dikalahkan hanya kerana kasih sayang presiden terhadap segelintir individu.
“Ini soal calon, hanya kuasa presiden sahaja penentunya.
Kriterianya ada pada hati nurani beliau. Salah letak calon pun tanggungjawab
presiden kelak,” katanya.
Tambahnya, tugas Najib sebagai Presiden Umno dan Pengerusi
BN ketika ini begitu berat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Harapnya, tidak ada Bahagian Umno menyusahkan Najib dalam
soal calon ini, sokong dan bagi pandangan yang tepat dalam soal ini.

Terdahulu, Jamal menawarkan hasrat bertanding di kerusi Dun
Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang Mohamed Azmin.
Jamal berkata, beliau lebih berminat bertanding di kerusi
itu kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang
bersungguh-sungguh.
“Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya
bertanding adalah di (Dun) Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh
Azmin Ali.
“Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah
satu masalah kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai
bercakap semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di
kawasan Dun beliau (Bukit Antarabangsa),” katanya.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel