Connect with us

Berita Lain

Jurujual Didenda RM5,000 Ugut Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih


KUALA LUMPUR — Seorang jurujual komponen kereta didenda
RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh
Mahkamah  Majistret Ampang di sini, hari
ini bagi kesalahan mengugut bekas kekasihnya pada awal November lepas.
Majistret Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas
tertuduh Wan Hairuzrizal Wan Habib, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan
mengugut mahu menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya yang berusia 36
tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit
kondominium di Bukit Antarabangsa pada 6.30 pagi, 5 Nov lalu mengikut Seksyen
506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau
denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hashimah Hashim memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu
hukuman ringan atas alasan dia telah menyesal atas perbuatannya dan berjanji
tidak akan mengulanginya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya juga merupakan penanggung utama keluarga dan
menyara dua orang anak yang masih kecil,” katanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah menghubungi mangsa yang
merupakan janda anak empat melalui aplikasi WhatsApp  dengan cara menghantar beberapa keping gambar
bogel milik mangsa dan memaksa mangsa untuk membalas kembali mesejnya atau dia
akan menyebarkan gambar bogel mangsa.
Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan.

Advertisement
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel