Connect with us

Berita Lain

Kami Ada Sampai Pelan C, kata Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mempunyai alternatif
sehingga pelan C jika ia gagal didaftarkan secara rasmi dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) dibatalkan pendaftaran, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Pengerusi PH itu lagi, PH kini berdepan dengan usaha
kerajaan untuk menggagalkan usaha parti itu dalam memenangi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
“(Untuk BN terus berkuasa) Pembangkang dihalang
daripada menawarkan alternatif kepada BN pada PRU akan datang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Untuk melakukannya kerajaan hanya perlu menolak atau
menangguh pendaftaran PH atau membatalkan pendaftaran (PPBM), parti pilihan
ahli dan penyokong Umno yang tidak berpuas hati dengan parti itu.
“Tetapi Najib akan tetap kalah. Pembangkang boleh
kembali kepada pelan B dan pelan C,” katanya di laman blognya, hari ini.
Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut ‘pelan
C’ itu.
Pendaftaran PH dilihat penting terutama agar empat parti
komponennya – PKR, DAP, PPBM dan Amanah – dapat bertanding menggunakan satu
lambang pada pilihan raya nanti.
PH sebelum ini mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (RoS)
sengaja menangguhkan pendaftaran mereka.
Namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata penangguhan itu
antaranya kerana masalah dihadapi PPBM yang tidak membuat mesyuarat agung
tahunan (AGM) yang sepatutnya dilaksanakan September lalu.
PPBM kini berdepan risiko dibubarkan RoS selepas didapati
melanggar tiga perlembagaan partinya sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pertama, gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM),
menggunakan istilah Armada untuk sayap pemuda parti dan menangguhkan AGM tanpa
peruntukan dalam perlembagaan parti.
PPBM sudah memohon untuk berjumpa RoS bagi mengemukakan
cadangan alternatif namun hingga kini belum ada perkembangan berhubung perkara
itu.
Selain PPBM, DAP turut membantutkan usaha PH berdaftar di
bawah satu logo selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak sah.
Bagaimanapun, DAP sudahpun mengadakan pemilihan semula CEC
pada 9 November lalu.
Sumber: Antarapos

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel