Connect with us

Berita Lain

‘Kau Belanja Ape Je Sampai Banyak Tu, Bodoh!’ – Suami Berang Dan Tengking Isteri Kerana Dicaj RM275 Untuk Beli Barang Keperluan


Malang nasib seorang isteri apabila dia ditengking suaminya
di hadapan orang ramai gara-gara barangan keperluan rumah yang diambil melebihi
bajet si suami. Bukan saja diaibkan, malah ditinggalkan pula si isteri dan dua
orang anak kecil di kaunter itu dengan duit RM150.
Alangkah zalim dan dayusnya suami yang tidak guna seperti
ini. Kasihan si isteri terpaksa menanggung malu. Semoga si suami sedar akan
kesilapannya dan bertaubat sebelum terlambat.
ASSALAMUALAIKUM admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma
nak berkongsi satu kejadian di depan mata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di
shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya
pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di
depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya.
Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak
saya.
Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar
RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami?
“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!” si
suami menengking isterinya di depan orang ramai.

Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima
orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya
tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu.
Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus
pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus
memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia
letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur
sahaja.
Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia,
“Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya.” Pada awalnya dia
tidak mahu dan kata, “Takpe dik,”. Saya paksa juga dia menerima sebab
di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran.
Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan
mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya
mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan
rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai.
Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau
memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya
hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami.
Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih
teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam
memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min.
Sumber: Kisah Rumah Tangga, The Reporter

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel