Connect with us

Berita Lain

Kerugian Sebenar Forex Wajar Disiasat

KUALA LUMPUR – Kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an adalah ‘actual loss’ atau kerugian sebenar yang wajar disiasat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Biarkan polis menjalankan siasatan. Saya berharap siasatan itu akan menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku kepada negara kita dalam aspek kehilangan kewangan yang begitu besar dalam skandal forex,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tertutup Taklimat Presiden bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Azalina yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, ditanya berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa siasatan skandal forex itu dikatakan untuk mendiamkan pengkritik 1Malaysia Development Berhad.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga forex pada 1990-an setebal 524 muka surat itu dibentangkan di Parlimen pada 30 Nov lepas.
RCI dalam laporannya percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion bagi tempoh 1992 hingga 1994.
RCI lima anggota yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara tersebut.
Susulan itu, Setiausaha RCI Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan suruhanjaya berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 1 Disember lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata satu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Amar Singh Ishar Singh ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut dari semua sudut.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel