Connect with us

Berita Lain

Kubang Pasu Bukan Lagi Kubu Kuat Umno


JITRA – Kubang Pasu bukan lagi kubu kuat Umno sejak Tun M
tidak lagi bersama Umno dan menjadi pengasas kepada Bersatu dan juga Pengerusi
Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, rakyat di daerah ini juga bersedia untuk beralih kepada Pakatan
Harapan disebabkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan bekas Ahli
Parlimen Kubang Pasu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau kita lihat kemenangan Umno sebelum ini juga
disebabkan Tun M walaupun Tun M dah bersara.
“Penduduk daerah ini masih ingat jasa Tun M yang
menjadi Ahli Parlimen selama 35 tahun di sini walaupun beliau tidak bertanding
pada tahun 2004, 2008 dan 2013,” katanya ketika ditemui di program
“Back to School” Pakatan Harapan Kubang Pasu di Kampung Huma, pagi
tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Kedah berkata, penduduk
Kubang Pasu perlu menolak kerakusan salah guna kerajaan sedia ada dan ingat
budi Tun M yang ditabur di sini.
“Kalau Kubang Pasu boleh berikan undi kepada kita pada
PRU14 ini, saya yakin satu negeri akan tumbang kepada Harapan,”katanya.
Sementara itu, Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah
berkata, Harapan menampilkan gandingan mantap berdasarkan gabungan beberapa
parti seperti DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apatah lagi Bersatu adalah serpihan Umno yang tidak
lagi setuju dengan cara Umno bawa sekarang ini.
“Jadi ditambah dengan pengaruh Tun M kita semestinya
ada peluang yang bagus sebab kita dalam satu pakatan yang mantap,”katanya.

Advertisement
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel