Connect with us

Berita Lain

Mahathir Sutradara Lapuk Wayang Politik Pakatan Harapan



ALOR SETAR 29 Dis. – UMNO tidak mempunyai sebab untuk berasa
gusar dengan tindakan Pakatan Harapan diketuai DAP yang mengambil keputusan
untuk mengangkat semula Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri
sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Malah menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk
Shaiful Hazizy Zainol Abidin, ucapan takziah seharusnya diberikan kepada PKR
atas kesanggupan mereka menjilat kembali hamburan penghinaan terhadap Mahathir
sekali gus menampakkan betapa mereka terdesak sehingga sanggup mengambil jalan
yang tidak bermaruah serta mengaibkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Persetujuan dinyatakan PKR untuk menjadikan Mahathir
sebagai calon Perdana Menteri interim merupakan langkah yang cukup dangkal,
cetek dan dipenuhi wayang politik lapuk sehingga menguburkan sama sekali paksi
idealisme parti itu.
“Kesediaan PKR termasuk angkatan mudanya menjulang
kembali Mahathir memberi bayangan betapa jentera muda parti itu sudah menjadi
pengecut. Idea reformasi sudah terperosok dalam saku politik Mahathir dan
kembalinya beliau menjawai sutradara wayang politik Pakatan Harapan diketuai
DAP hanya membuatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kelihatan lemah,”
katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Semalam sebuah portal berita pro pembangkang melaporkan PKR
secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun
Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana
menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang
berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Memetik sumber, laporan itu mendakwa keputusan tersebut
dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat
restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Secara sinis Shaiful Hazizy menambah, pakatan itu hakikatnya
perlu diingatkan yang pengundi di negara ini cukup cerdik dan matang untuk
tidak meletakkan pemimpin bersifat ‘draconian’ kembali ke kancah politik
negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami menganggap keputusan PKR ini sebagai penghinaan
besar kepada semua penggerak utama gerakan reformasi yang diperkenalkan PKR.
Malah ramai antara mereka sendiri yang menentang cadangan itu sudah mula
menyuarakannya di medai-media sosial.
“Tindakan ini bagi kami mengesahkan bahawa pakatan
dicipta pembangkang hanyalah kerjasama politik lapuk yang melelahkan. Ketiadaan
tenaga baharu, progresif dan muda untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana
Menteri merupakan kelemahan mereka paling ketara dan pengundi wajar menghukum
kedangkalan pemikiran mereka pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel