Connect with us

Berita Lain

Misteri Kes Pembunuhan Seorang Wanita Hampir Selesai


MIRI – Polis percaya telah dapat menyelesaikan misteri kes
pembunuhan seorang wanita Sabtu lepas dengan penahanan seorang lelaki tempatan
pada 7.30 pagi Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar
berkata siasatan awal mendapati masalah hutang mungkin antara punca kematian
mangsa susulan  penangkapan suspek
berusia 25 tahun itu, yang juga bekas teman lelaki mangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa telah dikenal pasti oleh anggota keluarga sebagai
seorang janda berusia 52 tahun dan mempunyai 
tiga anak serta dikenali dengan nama Yeong Musa dari Mukah,” katanya
dalam sidang media, di sini hari ini.
Suspek direman tujuh hari hingga 11 Dis depan, manakala
bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dilakukan pada 9 pagi
ini di Hospital Miri.
Beliau berkata identiti mangsa diketahui setelah pasukan
penyiasat berjaya mengesan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Mukah pada
3 Dis yang melaporkan tentang  mangsa
telah keluar dari rumah di Mukah pada 27 Nov dan tidak pulang.
Dev berkata mayat mangsa dipercayai dibuang ke dalam sungai
pada 30 Nov dan ketika ditemukan pada Sabtu lepas wajah mangsa mempunyai kesan
kecederaan.
“Sebuah kereta Proton Iswara milik suspek telah dirampas dan
kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk rekod, mayat mangsa ditemukan terapung oleh seorang
nelayan di Sungai Miri berdekatan dengan Kampung Pulau Melayu pada 6.30 pagi
Sabtu lepas.
Ketika ditemukan mayat mangsa berpakaian lengkap, kepala
dibungkus dengan guni yang diikat pada bahagian pinggang, tidak mempunyai
dokumen pengenalan diri, sudah berbau dan reput.
– BERNAMA  

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel