Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Puji Permohonan Maaf Tun Mahathir Sebagai Tindakan Terhormat Dan Terpuji


PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin memuji tindakan Dr
Mahathir Mohamad kerana berani meminta maaf secara terbuka kerana kesalahan
pada masa silamnya.
Berucap semasa sesi penggulungan, Muhyiddin menyifatkan
pengakuan negarawan itu sebagai tindakan terpuji dan terhormat.
“Beliau telah meminta maaf kepada semua dan berkata sebagai
manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kenyataan ini datangnya dari negarawan yang cukup
merendahkan diri untuk menerima segala kesilapan lalu dan meminta maaf,”
katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu yang pertama kali diadakan
di Shah Alam.

Terdahulu dalam ucapan sulung perhimpunan parti itu, Dr
Mahathir yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun mengaku di hadapan
pemimpin tertinggi  PH dan lebih seribu
perwakilan parti bahawa beliau hanyalah “insan biasa.”
“Saya, seperti manusia lain tidak mungkin sunyi dari berkata
dan melakukan kesalahan bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya
berkecimpung dalam politik negara.
“Saya pohon maaf terhadap apa jua kesalahan saya selama
ini.”
Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir meminta maaf secara
terbuka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pelbagai pihak termasuk sekutunya dalam PH sekarang, pernah
mengkritik Dr Mahathir yang langsung tidak mahu mengulas tanggungjawabnya dalam
pelbagai perkara yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri termasuklah
Operasi Lalang dan penyingkiran Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri
pada 1998.
Pada masa sama Muhyiddin turut mengulangi sokongannya
terhadap Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH.
“Sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dr Mahathir dan PH
adalah lebih seratus peratus.”
Sumber: The Malaysian Insight

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel