Connect with us

Berita Lain

Pelbagai Bantuan Bukti Ekonomi Baik, Kerajaan Prihatin – Ismail Sabri


BERA — Pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk
pemberian kelengkapan persekolahan setiap tahun membuktikan keadaan ekonomi
negara berada dalam keadaan baik.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob berkata bantuan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan Barisan
Nasional (BN) prihatin dan tidak membuat janji kosong, sebaliknya sentiasa
berusaha menunaikannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus memberi
kepercayaan kepada BN untuk membolehkan lebih banyak agenda pembangunan
dilaksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan mereka.
“Kerajaan mempunyai agenda tertentu bagi membela rakyat
dan tidak sesekali membeza-bezakan golongan masyarakat. Kita jangan mudah
percaya dengan tohmahan terhadap kerajaan.
“Kita perlu terus menyokong kerajaan yang terbukti
memberi banyak manfaat kepada rakyat seperti bantuan diberikan kepada anak-anak
di Bera setiap tahun,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada Majlis Penyampaian
Sumbangan Bantuan Persekolahan 2018 Parlimen Bera dan Anugerah Cemerlang Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.
Beliau memaklumkan pada tahun ini, penerima bantuan
bertambah kepada 10,000 murid berbanding 7,500 pada tahun lalu, dengan
keutamaan diberikan kepada keluarga golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim
dan ibu bapa yang mempunyai tanggungan ramai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kesemua penerima terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan
menengah itu menerima sumbangan berupa sepasang pakaian sekolah, kasut dan beg
sekolah.
“InsyaAllah kita akan beri lebih lagi, selagi ada yang
memerlukan bantuan. Bantuan ini diberikan tanpa mengira fahaman politik…siapa
yang layak dia akan dibantu.
“Inilah manfaatnya apabila rakyat memberi sokongan
kepada kerajaan sedia ada, yang prihatin dengan keperluan rakyat,”
katanya.
Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata
sumbangan itu merupakan inisiatif bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti
Yayasan Salam dan Pusat Khidmat Parlimen Bera.
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel