Connect with us

Berita Lain

Pemancing Maut Selepas Cuba Ambil Umpan Kesayangan Tersangkut Pada Kabel Elektrik


Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik
ketika mahu mengambil umpan tiruan untuk memancing yang tersangkut pada kabel
elektrik di Kampung Bukit Temalong, Gunong, Bachok, hari ini.
Mangsa yang dikenali Muhammad Sarwan Mohd Sabri, 22, ditemui
dalam sawah padi di lokasi kejadian pada 4.30 petang semalam.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok,
Pegawai Kanan II Ibrahim Mohd Rohni, mangsa seorang diri ke sawah berkenaan
kira-kira pukul 10.30 pagi untuk menjolok umpan tiruan yang tersangkut pada
kabel elektrik petang kelmarin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa, lelaki itu cuba
menarik umpan tiruan yang disayanginya kerana selalu mendapat ikan.
“Selepas umpan itu tersangkut, dia pulang dan datang kembali
membawa galah aluminium untuk mengambil umpan berkenaan.
“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjolok
umpan yang tersangkut menyebabkan dia terjatuh dalam sawah yang mempunyai air
sedalam 0.3 meter,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.


Jelas beliau lagi, abang kepada mangsa yang mencari adiknya
di lokasi kejadian, menemui mayat Muhammad Sarwan dalam air sebelum membuat
laporan polis.
Difahamkan, polis memaklumkan kepada bomba yang meminta
bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memeriksa arus elektrik dalam air.
“Selepas TNB mengesahkan tiada arus elektrik dalam air, kami
mengangkat jenazah mangsa dan diserahkan kepada pihak polis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II
(HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi
Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan
daripada keluarga mangsa berhubung kejadian itu.
“Kita masih menunggu laporan bedah siasat dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel