Connect with us

Berita Lain

Pemuda Pas Ingatkan Rakyat, Tolak Kepimpinan Dr Mahathir


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menggesa
rakyat Malaysia menolak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, Malaysia akan
menjadi negara bercelaru jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi menjadi
perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hal ini kerana ketika era pemerintahan Dr Mahathir selama
22 tahun, berlaku tragedi Memali (1985), krisis dengan Raja-Raja Melayu,
pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tercetus gerakan reformasi.
“Selain itu, Dr Mahathir juga dilihat seperti orang
“munafik” kerana beliau yang dahulu memasukkan Anwar ke dalam penjara, kini
beliau mendesak supaya Anwar perlu dibebaskan pula,” katanya menerusi kenyataan
hari ini.
Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu dapat
dibuktikan dengan jelas apabila bekas perdana menteri itu membuat kenyataan
bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley
mendesak supaya Anwar segera dibebaskan selain sepakat mendakwa Anwar adalah
tahanan politik.
Beliau turut mendakwa, sekiranya Dr Mahathir sekali lagi
diberikan kepercayaan, maka tidak mustahil beliau akan kembali menghancurkan
negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tambah pula kini segala “penyakit” yang berpunca ketika
zaman Dr Mahathir cuba dibersihkan. Dan jangan pula nanti bertambah penyakit
yang ada,” ujarnya.
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan menegaskan,
percakapan individu seperti Dr Mahathir boleh berbolak-balik pada bila-bila
masa saja selepas beliau melakukan banyak pusingan U sebelum ini.
Beliau mengingatkan pemimpin dalam pakatan pembangkang agar
mengkaji semula pelantikan Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi dalam
pergerakan mereka agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Sumber: MalaysiaGazette

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel