Connect with us

Berita Lain

Pesawat Terpaksa Dilencongkan Gara-Gara Nama Wifi ‘Bom Dalam Pesawat’


ANKARA – Penerbangan sebuah pesawat komersial Turkish
Airlines terpaksa dilencongkan selepas seorang penumpang dilaporkan menerima
mesej yang berbunyi ‘bom dalam pesawat’.
Bagaimanapun, ia sebenarnya bukan satu mesej berbaur ancaman
daripada mana-mana kumpulan pengganas tetapi merupakan nama wifi yang digunakan
oleh salah seorang penumpang pesawat kebangsaan Turkis tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Media tempatan melaporkan, dalam kejadian pada Khamis lalu,
pesawat itu yang sedang melakukan penerbangan dari Nairobi, Kenya ke Istanbul
dekat sini terpaksa melakukan pendaratan cemas di Khartoum, Sudan.
Selepas pemeriksaan dilakukan pihak polis tempatan, tiada
ancaman mahupun bom dikesan dan pesawat yang membawa seramai 107 penumpang
tersebut kemudian dibenarkan meneruskan penerbangan seperti biasa.
Syarikat penerbangan itu turut mengesahkan bahawa ayat ‘bom
dalam pesawat’ adalah secara kebetulan merupakan kata nama untuk akses wifi
milik seorang penumpang ketika dia berada di dalam pesawat berkenaan.
“Pakar kami yang membuat siasatan mendapati wifi itu dibuat
dan dinamakan selepas penumpang itu menaiki pesawat,” kata jurucakap pihak
berkuasa penerbangan Sudan, Abdelhafiz Abdelrahim dipetik agensi berita AFP.
“Namun, tiada ancaman bahaya dikesan dan penerbangan 606
tersebut dapat diteruskan semula beberapa jam selepas pemeriksaan itu,” lapor
jurucakap syarikat penerbangan berkenaan kepada agensi berita Reuters.
“Kesemua penumpang selamat dibawa keluar daripada pesawat
berkenaan. Penumpang warga Britain yang melaporkan tentang ancaman bom itu
ditahan untuk soal siasat,” katanya tanpa mendedahkan nama suspek.

Turkish Airlines yang ditubuhkan sejak 1933 ketika ini
memiliki sejumlah 329 buah pesawat pelbagai model dan terbang ke lebih 300
destinasi di seluruh dunia. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement



– Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel