Connect with us

Berita Lain

Pindah Milik Tanah Felda Jalan Semarak Dicurigai


KUALA LUMPUR – Tanah di Jalan Semarak Felda  yang dianggarkan bernilai RM200 juta
dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak tahun 2015.
Sumber memberitahu BH Online, pindah milik tanah itu
dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik
sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan
surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi
Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings
Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak
ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.
Semua keputusan pelantikan syarikat terbabit, dipercayai
dibuat oleh FIC, tetapi hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah FELDA tiga
bulan kemudian.
“Agak mengelirukan dari segi urus tadbir kerana Lembaga
Pengarah Felda sendiri tak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama ada FIC
atau Felda kerana ketika itu ada orang yang sama duduk dalam FIC dan Felda.
“Felda keluarkan surat kuasa wakil kepada syarikat
pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan kemudian didapati
dipindah milik kepada syarikat itu sejak Disember 2015,” kata sumber
tersebut.
Tanah tersebut kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur
Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA
dikenali sebagai KLVC Tower1A.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menerusi carian dalam portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) mendapati Menara KLVC Tower1A sudah diluluskan untuk dimajukan dengan
bangunan pejabat 68 tingkat meliputi 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium
pejabat termasuk parkir, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat parkir
bawah tanah, taman atas bumbung dan helipad.
Dalam pada itu,menerusi carian di Jabatan Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga mendapati satu daripada tanah iaitu lot
390 seluas 16 hektar yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat lama Felda,
Anjung Felda dan Wisma Felda ditukar nama kepada sebuah syarikat lain yang ada
kaitan dengan pemaju utama projek itu pada 21 Julai 2016.

Advertisement
Petang ini, Felda memaklumkan akan mengadakan sidang media
menjelaskan perkara tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel