Connect with us

Berita Lain

PM Lancar Kempen Perangi Fitnah Media Sosial


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melancarkan kempen Perangi Fitnah Media Sosial untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat akan kesan-kesan penularan berita palsu terhadap sosial, ekonomi
dan keselamatan negara. 
Kempen anjuran Biro IT Umno itu merupakan satu usaha untuk
menghentikan penyebaran sebarang fitnah terhadap individu, pemimpin, kerajaan,
kementerian, agensi, badan bukan kerajaan dan lain-lain.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Biro IT Umno Datuk Ahmad Maslan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada majlis di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra
itu malam ini, Najib, yang juga Presiden Umno, turut menyampaikan hadiah kepada
pemenang pertandingan infografik dan videografi Bahagian Umno.
Umno Bahagian Lembah Pantai muncul johan dengan membawa
pulang wang tunai RM2,500, sebuah komputer riba, piala dan sijil manakala naib
juara jatuh kepada Umno Bahagian Kota Kinabalu dan tempat ketiga dimenangi
Kuala Terengganu.
Najib juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan
Jumlah AJK dan Ahli WhatsApp Biro IT Bahagian Teramai yang mana johan dimenangi
Umno Bahagian Pengkalan Chepa dan membawa pulang wang tunai RM2,500, komputer
riba dan sijil. Naib johan pula dimenangi Umno Bahagian Kota Marudu dan tempat
ketiga dimenangi Umno Bahagian Ranau.
Sementara itu, Ahmad Maslan menyaran masyarakat agar tidak
mudah berkongsi apabila menerima berita yang diragui kebenarannya.
Beliau berkata fitnah ialah satu perkara yang boleh
merosakkan persaudaraan dan perpaduan.
“Kesan itu boleh menyebabkan permusuhan, pertelagahan dan
hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan
masyarakat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ungkapan peringatan ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’, ‘Semak
sebelum Sebar’ dan ‘Fikir Sebelum Tular’ bagi memelihara dan mengekalkan
suasana kondusif, harmoni dan sejahtera dalam negara,” katanya dalam satu
kenyataan.
Ahmad berkata mangsa fitnah media sosial perlu tahu hak
mereka dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(MCMC).

Advertisement
Menurutnya, jumlah aduan penyalahgunaan media sosial yang
diterima MCMC sehingga September tahun ini adalah sebanyak 4,702 kes.- Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel