Connect with us

Berita Lain

PM Najib, Pemimpin Asing Pertama Terima Anugerah Tertinggi Bahrain


MANAMA – Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin asing
pertama dikurniai  anugerah tertinggi
Bahrain yang baru diwujudkan, esok.
Duta Besar Malaysia ke Bahrain Agus Salim Yusof berkata
anugerah itu diwujudkan dua tahun lalu dan penerima-penerima sebelum ini hanya
terdiri daripada rakyat Bahrain.
“Ini kali pertama anugerah tertinggi baharu negara
dikurniakan kepada seorang pemimlpin asing,” katanya kepada wartawan Malaysia
di sini. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri Malaysia akan dikurniai “King Hamad Order
for Development” oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana
Shaik  Hamad di sini semasa beliau
menghadap baginda.
Najib dijadual tiba di sini esok untuk lawatan rasmi tiga
hari ke negara ini dan beliau akan diiringi 
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan yang juga
Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Najib akan menghadap baginda di istana sebelum upacara
pengurniaan anugerah yang akan turut menyaksikan Hishammuddin menerima Medal of
First Degree daripada raja itu.
Lawatan rasmi perdana menteri adalah atas undangan Raja  Bahrain yang melakukan lawatan negara ke
Malaysia dari 30 April hingga 3 Mei tahun ini. 
Kemudian, baginda akan mengadakan jamuan malam untuk perdana
menteri.
Pada Sabtu, Najib dijadual melawat Lembaga Pembangunan
Ekonomi Bahrain (BEDB) di sini sebelum mengadakan pertemuan dengan Putera
Mahkota Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa di Istana Ghudaibiya di sini.
Putera Mahkota yang juga Timbalan Panglima Tertinggi dan
Timbalan Perdana Menteri Pertama 
kemudian akan mengadakan jamuan tengah hari untuk Najib.
Agus berkata Najib merupakan satu-satunya pemimpin asing
diundang menghadiri upacara Hari Kebangsaan negara ini di Istana  Sakhir di sini pada Sabtu dengan kehadiran
Raja Hamad.
Agus berkata kira-kira 1,000 tetamu dijangka hadir. 
Duta besar itu menyifatkan hubungan Kuala Lumpur-Manama kini
berada di tahap paling tinggi sejak dua negara itu menjalin hubunguan
diplomatik pada 1974.
Hakikat bahawa perdana menteri Malaysia merupakan pemimpin
asing pertama menerima anugerah itu dan satu-satunya pemimpin asing diundang ke
perayaan Hari Kebangsaan mencerminkan betapa pentingnya hubungan  Malaysia-Bahrain, kata Agus.
Tambahan pula, kata beliau, hubungan Kuala Lumpur-Manama
amat penting dari segi perpaduan negara-negara Islam ketika dunia Islam sedang
menghadapi pelbagai cabaran.
Agus berkata lawatan Raja Hamad ke Malaysia telah
menampakkan beberapa hasil ketara termasuk 
Manama membuka kedutaannya di Malaysia Oktober lepas.
Katanya, syarikat penerbangan Gulf Air dijangka mengadakan
semula penerbangan dari  Manama ke Kuala
Lumpur dan sebaliknya mulai pertengahan tahun depan selepas operasi
penerbangannya bagi laluan itu terhenti pada 
2012.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Duta besar itu yakin lawatan perdana menteri akan membuka
laluan lebih luas untuk para pelabur dan ahli perniagaan Malaysia meneroka
usaha di negara ini yang menawarkan suasana perniagaan dan ekonomi yang cukup
kondusif.
Masyarakat perniagaan Malaysia boleh menggunakan negara ini
sebagai batu loncatan ke negara-negara Teluk yang mempunyai 36 juta penduduk
walaupun Bahrain mempunyai hanya 1.4 juta penduduk.
Perdagangan antara Malaysia dan Bahrain dari Januari hingga
September berjumlah RM805.73 juta dengan Malaysia mengeksport produk automotif,
jentera, perabot dan makanan sementara jumlah besar import terdiri daripada
produk petroleum.
Agus berkata pelabur dan ahli perniagaan Malaysia boleh
seterusnya meneroka dengan lebiih luas potenasi produk berasaskan minyak,
pemprosesan makanan dan produk farmaseutikal di negara ini.
Najib dijadual berlepas ke Sri Lanka pada Ahad untuk
meneruskan lawatan ke negara itu. 

Advertisement
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel