Connect with us

Berita Lain

PM Perlu Berani Bubar Parlimen, Kata Mahfuz Omar



Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah pasti akan berlaku
pada 2018. Oleh demikian, Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun
2018.

Begitu juga dengan beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
akan terbubar dengan sendirinya lebih awal daripada 24 Jun 2018 jika Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sebelum tarikh
tersebut kerana ada sesetengah DUN lebih dahulu melakukan angkat sumpah wakil
rakyat dan sidang DUN bermula lebih awal daripada sidang Parlimen.
Permasalahan sekarang, apakah perdana menteri akan menunggu
sehingga penghujung tempoh penggal atau akan membubarkan lebih awal?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Apa yang penting, bukan sahaja persiapan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dan pihak keselamatan sahaja diperlukan tetapi rakyat juga
memerlukan persiapan untuk menghadapi PRU14 nanti.
Persiapan rakyat, khususnya pengundi berdaftar, untuk
memastikan mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian pada pengundian
nanti bagi menentukan arah tuju masa depan negara dan rakyat.
Oleh itu suatu proses pilihan raya yang memudahkan rakyat,
khususnya pengundi berdaftar, bagi menjadualkan pergerakan kehidupan mereka
perlu dilakukan dari awal.
Saya menyarankan kepada perdana menteri agar lebih berani
mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh hari pengundian kerana
sebagai warganegara yang sah, rakyat Malaysia berhak tahu labih awal.
Pengumuman awal sangat penting untuk memudahkan penjadualan
pergerakan percutian rakyat, khususnya pengundi untuk hadapi Tahun Baru Cina
dan percutian lain khususnya pergerakan untuk umat Islam mengerjakan ibadah
umrah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saranan saya ini bagi mengelak beban kos berganda sekiranya
rakyat sedang bercuti dan perlu pulang membuang undi di kampung asal serta
untuk mengelak pengundi Islam terlepas peluang pengundian sekiranya jadual
umrah bersamaan dengan tarikh pengundian PRU14.
Saya menuntut pengumuman segera tarikh pembubaran Parlimen
dibuat serta tarikh mengundi diumum selewat-lewatnya pada hari pertama Januari
2018.
Perdana menteri tidak perlu takut menghadapi “hari
perhitungan” daripada rakyat dan jangan sengaja mahu menyusahkan rakyat.
Sistem pilihan raya di Malaysia seharusnya lebih berani dan
demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen.
* Datuk Mahfuz Omar adalah ahli parlimen PAS bagi Pokok Sena
** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak
semestinya mewakili pendapat Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel