Connect with us

Berita Lain

Polis Ditahan Simpan RM1 Juta Dalam Kotak Kasut


IPOH – Wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas
ditemukan dalam kotak kasut dan peti besi di rumah seorang bekas ketua polis
daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (Asisten Komisioner) di Perak,
semalam.
Semua aset tersebut ditemukan semasa pasukan penyiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penggeledahan di rumah
pegawai polis berusia 59 tahun itu bagi membantu siasatan rasuah dan salah
laku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

SPRM, dalam kenyataan hari ini, berkata pegawai berkenaan,
yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, ditahan di
pejabat SPRM Perak pada jam 7.30 malam semalam bersama isterinya berusia 54
tahun dan seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun bagi membantu
siasatan.
SPRM berkata ahli perniagaan itu disyaki mempunyai kepentingan
dengan pegawai polis itu ketika berkhidmat sebagai ketua polis daerah dan
dipercayai wanita berkenaan telah memberikan sejumlah wang untuk majlis
perkahwinan anak pegawai berkenaan pada Februari lalu.
“Ahli perniagaan itu telah memasukkan wang sebanyak RM70,000
ke dalam akaun isteri pegawai polis tersebut dengan dua transaksi iaitu
RM20,000 dan RM50,000,” demikian menurut kenyataan itu.
Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul
Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata ketiga-tiga
individu berkenaan ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat
SPRM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, ketiga-tiga mereka direman lima hari mulai hari ini
bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009.
Terdahulu, pegawai polis itu dibawa ke kompleks mahkamah di
sini pada jam 10.45 pagi tadi oleh pegawai SPRM dengan berpakaian lokap SPRM
serta bergari bagi mendapatkan perintah reman. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel