Connect with us

Berita Lain

Raslan Dahlan Bukan Abang Saya – Rahman Dahlan


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdul Rahman Dahlan, menyifatkan Rafizi Ramli ‘pembohong besar’ apabila menuduh
beliau memberikan kontrak pelaksana Ekspo Negaraku kepada syarikat abang
sendiri.
Menyifatkan dakwaan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu
tidak berasas, Abdul Rahman berkata beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif PICO
Integrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan atau nama sebenarnya, Nooraslan Md
Dahlan, tidak ada pertalian keluarga.
“Dalam sidang media hari ini, Rafizi dengan sombong
mengulangi pertuduhan sama, iaitu menuduh Raslan sebagai abang saya sebanyak
sembilan kali,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Nooraslan turut hadir pada sidang media itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tegaskan di sini, saya dan Nooraslan Md Dahlan
tidak mempunyai apa-apa pertalian darah atau persahabatan walaupun kami
berkongsi nama bapa yang hampir serupa,” katanya.
Justeru, Abdul Rahman berkata, beliau akan berbincang dengan
peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi yang disifatkannya
‘pembohong besar’.
Katanya, tindakan undang-undang perlu diambil berikutan
perbuatan Rafizi yang sengaja merekacipta pembohongan besar kerana rakus untuk
memfitnahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak.
“Rafizi begitu yakin sumber maklumat (tuduhan) dari EPU
(Unit Perancang Ekonomi.
“Saya beri amaran sekeras-kerasnya kepada beliau,
jangan sesekali babitkan agensi seperti EPU yang bertungkus-lumus merancang
dasar pembangunan negara dengan fitnah dan tohmahan jahat yang tidak berasas
ini dan jangan laga-lagakan kami,” katanya.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata,
tuduhan liar dan tidak berasas itu cuma membuktikan Rafizi adalah seorang
‘compulsive serial liar’ (pembohong tegar bersiri) yang tidak pernah takut
kepada Allah.
Tengah hari ini, Rafizi dalam sidang medianya yang disiarkan
secara langsung menerusi akaun Facebook rasminya, mendakwa Raslan Dahlan adalah
abang atau saudara kepada Abdul Rahman.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selepas kira-kira 10 minit video itu dimuat naik di
Facebooknya, rakaman itu dipadamkan.
Abdul Rahman berkata tindakan Rafizi itu hanya memalukan
pakatan pembangkang.
“Saya berharap kepimpinan Pakatan Harapan mengarahkan
Rafizi Ramli untuk segera menutup mulut kerana pembohongan Rafizi ini
mengaibkan mereka.

Advertisement
“Sehubungan itu, rakyat perlu membuka mata terhadap
pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh
diubati lagi,” katanya.

Sumber: BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel