Connect with us

Berita Lain

Rayuan Dr. Mahathir Ditolak


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak rayuan Tun
Dr. Mahathir Mohamad untuk mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi
menggugurkan dua ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Untuk Menyiasat
Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia
Sekitar Tahun 1990-an.
Kedua-dua ahli panel itu ialah Pengerusi Petronas, Tan Sri
Mohd. Sidek Hassan dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Bagi Memudahkan
Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim
diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul
Rahman Sebli dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Dr. Mahathir turut
diperintahkan membayar kos RM10,000.
Bekas Perdana Menteri itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi
pada 17 Ogos lalu yang menolak permohonannya selepas membenarkan bantahan awal
Kerajaan Malaysia.
Pada 9 Ogos lalu, Dr. Mahathir memfailkan kebenaran semakan
kehakiman bagi mendapat perintah untuk melucutkan hak kelayakan Mohd. Sidek dan
Choo Boon daripada menjadi ahli panel untuk keseluruhan prosiding itu.
Beliau memohon kebenaran mengetepikan keputusan suruhanjaya
pada 8 Ogos lalu yang menolak permohonannya agar dua daripada lima anggota
suruhanjaya itu, disingkirkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menamakan Mohd. Sidek, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk
Kamaludin Md. Said; Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd.,
Datuk Seri Tajuddin Atan; ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Puspanathan;
Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof
Ismail dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Advertisement
– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel