Connect with us

Berita Lain

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah


Mexico City: Akibat mempersendakan ketua kartel dadah
terkenal Mexico di sebuah laman sosial, seorang remaja yang juga merupakan
selebriti media sosial ditemui mati dengan badan yang dipenuhi kesan tembakan
peluru.
Mangsa, Juan Luis Lagunas Rosales, 17, adalah seorang yang
terkenal di media sosial dan mempunyai jutaan pengikut di laman Facebook,
Instagram serta Twitter kerana sering memuat naik gambar dan video lucu
mengenai dirinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, baru-baru ini Rosales dikatakan telah memuat
naik sebuah video mempersenda dan menghina seorang ketua kartel dadah, Nemesio
Oseguera Cervantes atau dikenali sebagai El Mencho.


Rosales ditemui mati beberapa hari kemudian dengan badannya
dipenuhi sekurang-kurangnya 15 peluru di Cualiacan, Mexico.
Difahamkan, sekumpulan lelaki lengkap bersenjata dilaporkan
mengepung Rosales yang sedang berparti di sebuah bar sebelum  melepaskan tembakan kepada remaja itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rosaled dapat dikesan dengan mudah oleh penyerang selepas
dia mengemas kini lokasi dia berada melalui laman Instagramnya.
Seorang pekerja bar berusia 25 tahun turut terkena tembakan
dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.
El Mencho antara penjenayah paling dikehendaki di Mexico dan
sesiapa yang dapat membunuhnya diberikan ganjaran AS$5 juta (RM20.4 juta).
Dia adalah ketua Generasi Baru Kartel Jalisco yang pernah
bersekutu dengan Kartel Sinola diketuai raja dadah Mexico, El Chapo.
Sumber: Dailymail, Siakap Keli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel