Connect with us

Berita Lain

Serangan Tun M Terhadap Murad ‘Tak Kena Tempat’


KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukan serangan
yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila beliau menempelak bekas Penolong Gabenor
Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga
forex Bank Negara berjumlah RM31.5 billion, kata Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, kata beliau, bekas perdana menteri itu sepatutnya
marah dengan (penasihat DAP) Lim Kit Siang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI
(Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex, yang
mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.
“Bagaimanapun, Kit Siang lah, yang selama 20 tahun, mendesak
supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara,”
menurut beliau menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my hari
ini.
Semalam, Dr. Mahathir meletakkan kesalahan berikutan
kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu
tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya
mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
Salleh menyimpulkan bahawa Dr. Mahathir kini memerlukan Kit
Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr.
Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung
skandal forex.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir dan
Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi
daripada mencari kebenaran.
“Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr. Mahathir
yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” tanya beliau. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel