Connect with us

Berita Lain

Siapa Lupa Jasa Tun M, Dia Kacang Lupakan Kulit – Fathia


MESKIPUN dihentam sana sini, artis sensasi masa kini, Fathia
Latif, nampaknya tidak serik daripada terus bersuara membela bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Fathia menerusi perkongsian terbaru di IG dengan menyifatkan
mana-mana pihak yang melupakan jasa Mahathir bagai kacang lupakan kulit.
“Bila kita di atas, orang sanjung kita mcm nak rak,
tapi bila kita sudah tua atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan,
macam-macam mereka cakap, kata kita ni nyanyuk, gila, tak dak akai (akal),
itulah dinamakan kacang lupakan kulit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Habis! Habis semua jasa dia (Mahathir) orang tak
nampak, apa usaha beliau selama ni macam kena lempar tepi jalan,” katanya
menerusi perkongsiannya itu.
Menurut Fathia, atau nama sebenarnya Nur Fathia Latif,
Mahathir yang dahulunya merupakan pemimpin negara harus disanjung dek kerana
jasanya yang menggunung terhadap masyarakat.
“Sanggup keluarkan beliau dari sejarah negara dan kata
macam-macam seolah- olah beliau takdak perasaan.
“Seharusnya kita kena ingat dan bersyukur, orang yang
hebat ini, pada satu ketika dulu, pernah berjaya menjulang darjat negara kita
setinggi-tingginya dan tak perlulah kita pertikaikan lagi (jasa Mahathir).
Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas
Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor memuat naik status menerusi laman
Facebooknya dengan menasihatkan insan seni agar tidak menjadi alat kepada parti
pembangkang.
Beliau dilaporkan membuat teguran secara terbuka kepada
segelintir artis yang dilihat begitu asyik menghentam kerajaan tanpa mengetahui
perkara sebenar.
Fathia dalam masa sama meminta semua pihak untuk melihat
bakti yang ditaburkan Mahathir dengan menggunakan ‘mata hati’ dan bukannya
hanya menilai dengan pandangan biasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana
masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan, bukan
untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel