Connect with us

Berita Lain

Suruhanjaya Diraja – Tun Dr Mahathir



Oleh: Tun Dr Mahathir Mohamad


1. Seperti yang dijangka penubuhan RCI bertujuan mencari
alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan dengan dakwaan
bahawa pegawai-pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa
mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu.

2. Kononnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
pada masa itu tahu dan sedar berkenaan dengan penipuan ini tetapi mereka tidak
mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat.

3. Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan.
Yang tentu tahu dan bersubahat menyembunyi jumlah kehilangan sebenar ialah
orang yang, selepas 30 tahun, membuat dakwaan bahawa jumlah kehilangan sebenar
bukan 11 billion Ringgit tetapi 30 billion.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


4. Sudah tentu Abdul Murad sebagai pegawai bank negara
benar-benar sudah lama tahu dan sedar akan jumlah kehilangan dan penipuan yang
dibuat. Sudah tentu ia boleh dedah awal-awal lagi penyelewengan ini dan
pegawai- pegawai dan auditor yang terlibat. Tetapi ia tidak dedah.

5. Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
dikatakan bersama menyembunyi angka 30 billion, Abdul Murad lebih terlibat
dengan menyembunyi kebenaran. Tetapi Abdul Murad tidak dianggap bersalah kerana
menyembunyi penipuan itu begitu lama.

6. Abdul Murad pilih untuk mendedah “breach of faith” ini
apabila jelas pendedahan olehnya akan memberi Perdana Menteri Najib peluang
bertindak terhadap musuh politiknya walaupun perkara ini tidak lagi disoal
bertahun-tahun, walaupun oleh parti-parti pembangkang.

7. Dengan tidak menghormati maksud undang-undang, Najib
dengan kuasanya merebut peluang memulakan proses supaya akhirnya Perdana
Menteri masa itu dan Timbalannya dapat disalahkan.

8. RCI ini memakan masa yang panjang. Ramailah saksi
dipanggil dan kenyataan-kenyataan panjang mereka diperdengarkan. Selain dari
saksi disoal dan menjawab, memorandum yang panjang dengan butir-butir
terperinci oleh saksi diserah kepada RCI. Peguam-peguam saksi turut hadir
sepanjang RCI bersidang. Mereka juga turut memberi penjelasan dan membuat
soalan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
9. Memanglah RCI berhak membuat laporan tersendiri. Tetapi
laporan yang diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, walaupun
tebal tetapi jelas menunjuk bahawa butir-butir yang ditulis oleh RCI hampir
tidak mengandungi fakta-fakta yang relevan yang diperdengarkan oleh saksi atau
memorandum mereka. Walaupun penjelasan oleh saksi dicatit verbatim atau
terperinci, tetapi RCI tidak sedikit pun menghirau penjelasan oleh saksi.

10. Yang jelas ialah seluruh laporan RCI menumpu kepada
penentuan penglibatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan dan Ketua pasukan bahagian dagangan wang Bank Negara.

11. Semuanya berasas kepada sangkaan. Sangkaan ini dianggap
sebagai fakta benar untuk polis bertindak.

12. RCI bukanlah badan kehakiman. Tetapi laporannya lebih
merupakan hukuman terhadap pihak yang dibicara.




TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah pengerusi Pakatan Harapan dan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta bekas perdana menteri keempat.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan tulisan ini pertama kali dimuat naik di blog Chedet.cc dengan tajuk “SURUHANJAYA
DIRAJA
”. 
Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya
mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel